click for fun!!

Tuesday, December 31, 2013

Isteri Untuk Disewa..


Aku baru habis baca novel ni semalam. 
Agak tebal juga, 813 muka surat.
Aku habiskan dalam masa beberapa hari, daripada hilir (kampung aku) 
ke sini (hulu) tempat aku mengajar.
Catchy gile cover dia, memang betul-betul mencuri perhatian dan hati aku.
So, (hint) kpd wanita-wanita di luar sana, kalau nak perhatian pakaila baju warna shocking pink ye.

OK, kembali kepada novel. Baca sinopsis kat belakang macam boring.
Iye la, konflik nak pilih boyfriend@suami kan.
Tapi bila baca, not bad at all.

Aku suka juga la watak utama, Nur Adreiana yang sempoi.
Watak-watak lelaki yang kaya-raya, macam biasa.
Takkan nak buat watak-watak miskin kan, harusla kaya baru imaginasi terbuai-buai.
Noah Ryzal yang berdarah mix "menyewa" Nur, mula menyukai Nur.
Putera Raiyan, si CEO di tempat kerja Nur, juga menyukainya.
Imtiyaz Irdad, si jiran yang menyukai Nur sejak kecil.
Dan Suffi Naufal, si Remy Ishak celup menyukai Nur kerana wajah Nur persis arwah tunang.

So, mana satu pilihan Nur???
Aku berangan jadi Nur.ahaks

Mula-mula aku ingat Imtiyaz, rupanya itu hanya perasaan sayang kat kwn baik.
Aku berharap Nur terima Putera Raiyan, tapi si putera ditolak awal-awal lagi.
Suffi pula diterima pada awalnya kerana wajah hensem persis Remy Ishak.
Rupa-rupanya dua2 hanya "mahu", bukannya "perlu".
Setelah pelbagai halangan dan road blocks, maka last2 baru tahu rupanya
jodoh Nur adalah dengan Noah Ryzal.
They are meant for each other....






Monday, December 30, 2013

Antara Love You Mr Arrogant,Playboy itu Suami Aku?& Ariana Rose.

Oh hi semua..Salam...Hari ni mood baik. Terbuai-buai dengan kisah cinta. Maklumlah hantu novel kan. Cuti sekolah panjang tahun ni lepas marking paper, memang kerja aku mencari novel kat Popular dan SMO. Siap renew kad SMO lg selama 3 tahun. ahaks

Banyak jugak novel yang diborong kali ni. Tapi sebanyak2 novel aku memang takleh mengalahkan koleksi kakak ipar aku. Walaupun dia Chinese convert, tapi minat dia baca novel mengalahkan aku yang pure Malay ni..haruslah pinjam novel2 dia kan.



Ok, sekarang ni dah mcm satu trend lak untuk menerbitkan drama berdasarkan novel. Walaupun sebelum ni dah banyak drama based on novel keluar tapi bila drama bersiri "Love You Mr Arrogant" keluar, perghhhh!!! Memang ibarat macam bom la..meletup!!!! Aku pun terikut sama mencari novel tu. Akhirnya meminjam dengan kawan yang dah beli lg awal. Drama dia meletup sbb pelakon2 berjaya membawa watak masing2. Walaupun si actress tak la lawa sangat (sorry tp jujur ok) tapi dia pandai berlakon. Sesuai dgn actor yang mmg suit the watak dlm novel 100%. Mak aku pun minat tau.



Drama kedua, Playboy itu Suami Aku? yang banyak mendapat kritikan. Drama dia je ok. Novel dia aku sangat suka. Harus diberi 5 bintang. Spoil bila pelakon lelaki utama diberi kepada remaja yang baru belajar berlakon. Kayu sungguh lakonannya. Pelakon wanita pula walaupun first time menyandang watak utama dia ok la. Watak Fisha agak over walaupun menjadi. Sorry la kepada peminat Fattah Amin ye. hehe Apapun penulis dia Suri Ryana aku memang suka. Terkejut gak bila PISAjadi drama lak. Tapi memang harus la kan sebab novel dia aku suka sangat.



Sekarang ni, petang tadi sebenarnya drama "Ariana Rose" dah start episod 1. Tajuk novel dia sebenarnya "The Wedding Breaker" karya Evelyn Rose si budak Kelate jugak. Novel dia aku dah baca jugak dalam cuti sekolah kali ni. Terkejut jugak bila novel ni pun dijadikan drama. Masa baca novel dia memang aku dah imagine klu novel ni jadi drama pelakon yang paling sesuai jadi Ariana ialah Fathia. Sebab watak Ariana tu bijak dan cantik. Fathia memenuhi semua syarat. tapi Keith Foo yang memegang watak Tengku Adam Kamil?? I'm sorry tapi aku rasa tak sesuai sangat. Aku impikan seseorang yang lebih 'keras' di dalam, tougher inside kata orang putih. Keith pula sangatla lembut. ahaks Novel dia boleh tahan.

Kesimpulannya:

LYMA: Novel 3.5 bintang, Drama 5 bintang
PISA: Novel 5 bintang, Drama 3.5 bintang
TWB/Ariana Rose: Novel 4.5 bintang, Drama masih awal utk keputusan bintang2.keke

Friday, December 20, 2013

7 hari....


lagu yang sangat ngetop zaman blaja kat U dlu2....dgr kaba bdk2 ni blaja kt oversea...sangat nostalgia...haha n sangat funny....sabar je laaa.........

Sunday, December 8, 2013

Pray for Pantai Timur......


Flood in Kuantan, Pahang.

Kuantan, Pahang

Kuantan, Pahang

Kelantan

Kemaman, Terengganu
-images taken from google.com


I have families, relatives, friends and students in Pahang, and I studied in Terengganu during my secondary school. So other than Kelantan which is my hometown, Terengganu and Pahang are close to my heart.
It is so sad to see the horrible flood in Pahang especially. I hope we all can pray for the better and if possible, we should do "solat hajat" and keep praying that Allah will help us all.
One of my friends from Kemaman had to move to her relative's house with her 7-months-pregnant sister and babies+ both her old parents. They had a terrible journey: JPAM boat-hilux-lorry-hilux again before they arrived at the destination. I can't imagine if I am in her shoes. Her car had been terribly "soaked" in the flood. I went to her house 14 years ago when we were studying at MRSM and I know all her family members. I know you are strong, Kak Long. We didn't call you "Kak Long" for nothing ;)

so everyone, I hope we can pray for this flood to end soon. insya Allah....

Tuesday, October 29, 2013

kenapa aku suka Candy Crush.....






salam semua....korang nye CC dah level brpa?aku agak ketinggalan sikit maklumlah sebelum ni aku pernah carut orang2 yang invite aku main mana2 game. sekali bila aku try, alamak ini dah menganaktirikan  Plants n Zombies aku. Sekarang "kebun" Plants n Zombies aku dah terabai. ada game lagi best. hehehe
aku main CC pakai laptop je maklumlah aku bukan pengguna samsung@tab dll. aku pakai Blackberry so amat tak best dah sekarang. Next target, beli samsung.huhu
kenapa ramai orang suka CC dan bukan games lain? aku suka CC dan Farm heroes. yang lain failed aku rasa. CC ni grafik dia cantik, candies dia pun warna warni. simple and tersusun je design dia. King memang pandai reka game ni..
aku baca kat paper seramai 70juta orang yg main CC skrg ni. bagi aku apa salahnya asalkan kau tak abaikan apa yang lagi penting dalam hidup kau....kan?

Tuesday, October 22, 2013

tips menabung..


tabung "London" aku :)


assalam semua...
malam ni nak cakap pasal duit. ye, duit. mungkin ramai yang akan kata DUIT adalah benda yang paling berpengaruh di dunia. ade jugak yang kata, DUIT tak boleh beli kebahagiaan. too cliche kan. tapi bagi aku, duit memainkan peranan penting. ni bukan zaman 60-an xde duit pun boleh hidup. kena lak yang tak pandai bercucuk tanam macam aku. tangan panas orang panggil.
aku baca kat facebook yang orang share tentang cara nak saving,,,,,iaitu dengan cara kau asingkan duit RM5 dan RM20 kalau ada dalam wallet. setiap hari. aku memang jarang jumpa duit RM20, lagipun aku tak berapa gemar. selalu buat aku konfius dahla lemah Matematik silap2 aku tertukar dengan duit RM10.huhu tapi kalau ada, kau letak dalam tabung. Hujung bulan kira pastu masukkan dalam bank@beli brg yang kau nak beli sgt. minggu ni aku start buat. tapi kalau makan kat kantin aku suka guna duit RM5, sbb senang.huhu lepas ni xleh bagi dah...simpan!!
sebelum ni aku simpan syiling, x sempat penuh aku dah x sabar nak kira. aku mmg excited lebih. haha tapi sebagai org keje makan gaji mcm aku, hjg bulan semput sikit la. masa ni la asyik menjeling2 kat tabung. aku memang boros orangnya. sekarang ni je baru reti nak berbelanja mengikut keperluan, bukan kehendak. ni pun masih tergelincir dari landasan yang benar.....aku respek sangat orang yang pandai menabung, dan tak shopping ikut nafsu. yang ada laki keje gaji 6 angka dikecualikan. huhu
ohh,,mengarut dah aku ni. ok,, tema minggu ni ialah menabung k. marilah menabung :)



Friday, October 18, 2013

aidiladha 2013...

Salam...
Alhamdulillah,,, Allah still gives me a chance to celebrate Aidiladha this year. This year's Aidiladha was on Tuesday (in the middle of the week) so some of my family and friends didn't have a chance to come back home and celebrate, including my dearest sisters, Kak La+family and Adik. :(
This year's Aidiladha was quite different as we managed to do the 'Qurban" on 2nd day. So we had a chance to visit our late Abah's grave on the first day and did some photoshoot and makan2..


yours truly :)

with my 2nd sis Kak Na...

Family@abah's grave...

myra, pidi and kak na....

blood...blood...erkkk....


ohhhhh.........

Saturday, October 12, 2013

game time...

oh sebelum ni aku mengutuk orang2 yang main Candy Crush kononnya mcm budak2. aku tergamam bila dpt tau abang ipar aku yg gagah perkasa pun addicted ngan Candy Crush. So sebab nak tau camane ropanya,,,aku pun cuba la...ambik kau,,,skali dah melekatttt....siap tunggu lagi n mintak nyawa ngan org.hahaha memang berhantu game ni....
nak tulis blog pun rasa malas sebab sibuk main game..hehehee

Friday, September 27, 2013

update...


Salam...sedar tak sedar, lama dah blog ni terbiar. Sibuk sangat sejak akhir-akhir ni. Sibuk buat apa? Budak-budak Tingkatan 5 baru habis Peperiksaan Percubaan SPM. Aku lak sibuk la dengan marking. Lama jugak nak marking paper diorang terutama kelas yang ok sikit. Kelas-kelas belakang juga tak berapa menghampakan bila mereka ada usaha untuk menulis karangan walaupun aku sedar keupayaan mereka sangat terhad.
Setelah seminggu lebih menanda, kelas tengah aku 5KE2, hanya 6 orang yang gagal. Alhamdulillah. Sebelum ni ramai juga yang gagal. Awal tahun 2013 aku ambil kelas diorang, hampir semua gagal. Mungkin juga peperiksaan tahun lepas susah sikit ataupun mereka masih lagi dalam mood "honeymoon". 6 orang yang gagal, seorang je perempuan. Aku maafkan dia walaupun gagal, markah dia meningkat dari peperiksaan pertengahan tahun. huhu
2 kelas lagi juga meningkat sikit, 5 MPV 4 orang lulus. Sebelum ni sorang je. Kelas anak2 aku 5 PS (aku guru kelas), juga meningkat sikit. 3 orang lulus, sebelum ni sorang je. Memang tahap BI kat sini sangat teruk, you know, rural area. Nasib baik tak dapat elaun susah hidup je kat sini. (Bulan lepas tetiba ade elaun susah hidup dalam slip gaji, kerani tersilap n tertukar dengan elaun mengajar BI, dah kena pulang balik..huhu)

Oh, dah macam mesyuarat post mortem Percubaan SPM lak aku kat sini. Tadi penat meeting, dahla air takde kat sekolah. Nak terkucil ditahan2..Tak patut betul. Ok, dah melalut.

SPM dah dekat sangat ni. Otak pun makin ligat berfikir nak buat ulangkaji dengan mereka, bagi menolong UPkan BI mereka2 kat sini. Dalam doa pun dititipkan doa buat mereka agar terang hati. Walaupun ramai lagi calon yang memang tak menghargai masa yang mereka ada. Aku selalu nasihat jangan sampai menyesal di kemudian hari. Tapi budak2 ni mcm biasa, mana la nak dengar. Nanti dah susah nak dapat kerja baru la menyesal taknak belajar betul2. Aku dah mcm nenek tua bagi nasihat kat budak2. huhu

Oh, esok dah Khamis. Tak sabar nak balik kampung. Rindu mek, rindu anak2 buah n adik beradik. Sedih sebab adik bongsu (geng) dah kerja n duduk jauh nun di KL sana. Lama dah rasa x jumpa. huhu

ps: skrg balik sekolah je sibuk main game. berhantu betul game kat laptop aku ni.

Friday, September 6, 2013

Syawal 2013....

Salam semua...
Jangan gelakkan aku. Aku tau aku dah sangat ketinggalan. Untuk cover line, ayat aku mcm ni. "Sengaja update lambat sempena hari2 terakhir Syawal...." hehe
Syawal tahun ni tema baju keluarga aku "Merah Pulasan." Korang tau enggak buah pulasan tu apa? Buah yang seakan-akan rambutan tapi bulunya lagi keras.Oleh sebab aku dah lama tak jumpa buah pulasan, maka warna baju raya aku lain sikit. Marah betul si penentu warna raya tahun ni, abe ku si Palli. huhu Nasib baik aku ada baju lain yang kaler dia merah ala2 pulasan. Bolehla dipakai utk bergambar.
Raya tahun ni aku kena jaga Daniel coz Kak Na bersama Kak Su memenangi percutian ke China tajaan Seng Heng. So aku tak bebas sangat ke sana sini sebab Daniel kena cirit-birit. Pengalaman beraya bersama "anak", walaupun penat tapi amat meriah. Patutla parents yang ada anak rasa lebih excited utk pergi beraya. Baru aku tau perasaan itu... Bila lah nak ada baby ni? :)


ehem....yours truly yang kontrol ayu hehek (baju yang kaler salah tema)
Ohana means family :)


Bergambar di tangga kerana kepanasan, blackout sejam lebih di hari raya.

Ada "hantu jerangkung" atas bahu aku hehek

Fatin anak saudara yang dah slim giler,,,aku?bila la nak slim....



Sunday, July 28, 2013

bulan kita!!

Assalamualaikum....
First entry berkenaan Ramadhan tahun ini. Walaupun dah menjengah hari ke-19, rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua....
Azam Ramadhan aku tahun ini, insyaAllah akan cuba menghabiskan atau khatam al-Quran sekurang-kurangnya sekali. (nampak gaya paling cepat pun sekali khatam je, melihat pada kelajuan pada tahap sederhana sekarang ini :p)
Kak Na, Chik dan aku ber"wechat" setiap hari, bertanyakan aktiviti setiap hari, terutama menu untuk buka puasa, dan progress pembacaan al-Quran. Nampaknya Kak Na sudah mendahului, beliau sudah pun khatam pada beberapa hari yang lepas dan sekarang meneruskan untuk yang ke-2 kali pula insyaAllah. Aku semakin bersemangat untuk membaca dan menghabiskan al-Quran dengan kata2 dorongan dan semangat daripada mereka. Begitu juga dengan solat sunat terawikh, yang sebelum ini hanya diambil ringan olehku :(
Terasa tersangat rugi kerana mensia2kan bulan khas untuk ummat Nabi Muhammad ini sebelum ini. InsyaAllah azamku juga ingin menunaikan sola terawikh pada setiap malam Ramadhan kecuali pada saat2 yang tidak dapat dielakkan.
Oh, cuti sekolah dengar2 dapat 2 minggu termasuk 1 minggu cuti mid sem. Tapi kat sekolah aku yang ala2 terasing ni pelik sikit. Ramai guru yang setuju untuk bersekolah pada hari Ahad dan Isnin minggu depan!!!! Aku rasa macam x patut nak kena datang balik untuk 2 hari itu. Hmmm, harap2 dapat cuti macam sekolah lain. Walaupun bonus raya x dapat tahun ni, dapat insentif RM500 pun dah bersyukur daripada tak dapat langsung, tapi that means tak dapat nak beraya sakan sangat. Terutama bagi yang suka shopping macam aku. Tapi tahun ni bersederhana sikit. Maklumla dah semakin tua ni nafsu pun takde la banyak sangat macam tahun2 sebelum ni. hehe

Checklist :
#bayar upah baju
#tukar duit raya (suruh chik je kot) duit raya kurg ye tahun ni i pokai already :p
#bayar duit handbag kat chik (diskaun sket bley x?huhu) ending pun with 2 handbags, ishh x patut ni sbb tahun ni tema raya aku ialah JIMAT -____-
#kemas bilik kat kampung -___-
#pegi saloon :)
#jalan2 kb mall menambahkan sesak

wahhh,,tetiba rasa bersemangat untuk menyambut raya.......:)

Semoga kita semua mendapat dan berkongsi keberkatan dalam bulan yang mulia ini.






Tuesday, July 23, 2013

rombongan cik kiah sebelum puasa....

Dah lama x gi rombongan sekolah. Last sekali awal tahun lepas rombongan kenangan Kadet Polis SMJ ke Muzium Polis, Planetarium, Masjid Negara dan sekitar KL. Kenangan sangat sebab aku yang uruskan semuanya. Bangga kejap.huhu pastu tobat dah taknak urus lagi, pening kepala aku. HUHU ohh and rombongan guru-guru SMJ ke Langkawi. Sangat teruja sebab tak pernah pergi Langkawi. Excited sangat masa tu..
So ni ialah first aku join rombongan lawatan sambil belajar sejak berada kat sekolah baru ni selama setahun. Bila kawan bagitau asrama nak buat lawatan ke Langkawi, terus aku teruja nak pergi. Walaupun baru je pergi tahun lepas. hehe salah satu sebabnya ialah bayaran yang murah sebab hampir semuanya ditaja. Best!! Best!! Nak jimat kan. hehe
Rombongan asrama ke Langkawi pada hari Khamis 4/7/2013 hingga 7/7/2013. 2 hari sebelum puasa. Perfect! Nasib baik ada tempat kosong lagi. Pelajar-pelajar lelaki dan perempuan termasuk guru2 pengiring semua skali berjumlah lebih kurang 76 orang. 2 buah bas. Pelajar lelaki dan perempuan diasingkan. Bagus, i like.
Tempat lawatan:
-Kilang minyak dan produk gamat (tahun lepas gi kilang lain, tahun ni kilang lain, minyak gamat beli tahun lepas masih bersepah kat rumah, namun tetap beli lagi. huhu)

-Padang Mat Sirat (yang ni aku teruja sebab x sempat pegi masa lawatan tahun lepas)





-Island Hopping (ni memang the best la. Mandi kat pantai Beras Basah n tgk eagles makan, n pergi tasik Dayang Bunting, kali ni sempat mandi dan minum sket air tu hehehe)









- sepatutnya naik Cable Car tapi nasib malang Cable Car dlm proses penyelenggaraan masa kami pergi (nasib baik dah sempat naik tahun lepas)
-jalan2 sekitar Underwater World (kedai bebas cukai)






-ambil angin kat pantai Chenang.
-hotel sekitar pantai Chenang takde air. sakit pulak hati ni.spoil mood. nasib baik esoknya check in kat Pekan Kuah.
-Underwater World (bagi aku namanya gah tapi tempatnya biasa je, nasib baik kali ni tiket disponsor. kalau tak macam rugi je tiket rm22 bagi gov. servant tapi tak berbaloi rasanya.)










-Haji Ismail Group (kaya betul hj ismail kalau macam ni. borong coklat2 kat sini. ingat nak beli luggage tapi mcm lucu lak jenama HIG)

my favorite selain dari Kinder Bueno hehehe


-Ram's (pergi sendiri naik teksi. banyak pinggan mangkuk dan perkakas rumah kat sni. beli set cawan comel untuk ibu yang tersayang)

Kali ni tak banyak sangat tempat melawat. Dalam tentatif sepatutnya kami melawat Dataran Lang, tapi hujan tersangatlah lebat pagi tu. Dalam hati ini berkata, dah 2x datang tapi xde jodoh ngan lang besar tu....huhu nak kena pergi lagi sekali ni......


Friday, July 19, 2013

alfalfa...

Salam to all of u...
i have a very unhealthy body. i am fat.  i get tired easily. i need to take a nap every time i come home after school. i can't run more than 20 feet. i have diabetes. i have asthma. i think my body suits 60-year-old woman. *sigh*
i wish i have a fit body. slimmer figure, especially in my tummy area. its genetic+unhealthy life. i inherited my body figure from my late father, the fat accumulates mainly at the tummy area.
i think i might have an acidic body. because i eat too much acidic food. rice, meat, crackers, noodles, those are acidic. i need to eat more alkaline food, such as fruits and vegetables. but it is all easier said than done, right?

...............

after doing some research i found out that alfalfa is the most alkaline food ever exist in this Earth. OK, i exaggerated. But the truth is, alfalfa is a miracle plant. Its root burrow down deeper into the Earth to reach minerals inaccessible to to other plants. that is what most of the articles said.
after doing all the research, where should i find this plant/product? I started to Google and found a good product. but i'm not the dealer/ seller OK. this is just my personal choice.






*I take it with lecithin, to lower down my cholesterol level.

Sunday, June 23, 2013

episode 2: alkaline food for our health.

salam to all of you...
last night i forgot to explain more on why acidic food is dangerous for our body and why we should eat more alkaline food.

Human blood pH should be slightly alkaline ( 7.35 - 7.45 ). Below or above this range means symptoms and disease. A pH of 7.0 is neutral. A pH below 7.0 is acidic. A pH above 7.0 is alkaline.

An acidic pH can occur from, an acid forming diet, emotional stress, toxic overload, and/or immune reactions or any process that deprives the cells of oxygen and other nutrients. The body will try to compensate for acidic pH by using alkaline minerals. If the diet does not contain enough minerals to compensate, a build up of acids in the cells will occur.

An acidic balance will: decrease the body's ability to absorb minerals and other nutrients, decrease the energy production in the cells, decrease it's ability to repair damaged cells, decrease it's ability to detoxify heavy metals, make tumor cells thrive, and make it more susceptible to fatigue and illness. A blood pH of 6.9, which is only slightly acidic, can induce coma and death.


Because of factors like diet and stress, many people in the industrialized world have bodies that are too acidic and over-burdened with toxins, and so are afflicted with health problems that run the gamut from minor and major skin irritations to depression, chronic fatigue and back pain to arthritis, ulcers, osteoporosis and cancer.

Just consider the following facts:

  • Diseased bodies are unbalanced, having a high concentration of acidity in their tissues and the blood. And yet the absence of this balance is rarely noticed by our standard medical tests. So tests may show you are fine, but you feel otherwise.
  • The #1 cause of excess acidity is waste products left behind by incomplete digestion. We need hydrochloric acid to digest our food. The more difficult a food is to digest, the more acid is required to digest it.
  • In general difficult-to-digest means acid-forming, and easy-to-digest means alkaline.
  • Health is easier to achieve and maintain if one consumes four times as much alkaline food as acidic food. When such an ideal ratio is maintained, the body usually has a balanced body chemistry and strong resistance against disease.

SIMPLE SOLUTION: Find out what to eat (and what to avoid) to improve your health!

The more alkaline foods are excellent for almost everyone, with certain exceptions like patients of ulcer, allergy and sugar-sensitivity -- who may react to sweet fruits or other specific foods.

To help you get started in improving your health, take a look at this list of alkaline and acidic foods:

Alkaline-to-Acid Food List 
Lower down foods become less alkaline and more acid-forming (usually more difficult to digest)

MORE ALKALINE:

The best foods, also good for detox-diet
  • Lemon/calamansi water with a pinch of salt
  • Herb tea
  • Honey (a little)
  • Apple cider vinegar
  • Coconut water
  • Citric fruit juice
  • Other fruit juices
  • Vegetable juice
  • Lactobacteria drinks without milk
  • Citric fruits
  • Juicy fruits
  • All other fruits including super-ripe banana (except 4 starchy fruits below)
  • Green leafy vegetables and sea vegetables , sprouts
  • All other vegetables (except 2 starchy veggies in next category, and 3 listed at bottom of chart)
  • Extra virgin oil produced without heat friction- best flax oil, hemp oil, then coconut and olive oil
i love lime. i'll try my best to take it everyday as drink or in my food :)

Saturday, June 22, 2013

alkaline food for our health.

salam to all of you.
tonight i would like to talk about alkaline food and why it is important for our body. i did a little research and do you know that we should eat 80% alkaline food and only 20% acidic food? but what almost all of us eat today is mostly acidic food. that is totally dangerous as it can lead to cancer and other diseases as well, nauzubillah.
therefore we should eat more alkaline food to neutralize the acidic food that we consume everyday. for now, i  try to make and drink lime juice and carrot juice everyday. planning on buying apples and oranges tomorrow :)

these are some examples of alkaline and acidic food:












*all images are taken from google.com



Thursday, June 20, 2013

tiredness...

I've been idle for several days...currently i am busy with something,,,,hehe busy fasting before it's Ramadhan again. -____-

I know some of you are doing the same thing, right?

Next week I think I can't make it because it is time for my school' s Sport's day. For this year, i am asked to be the Head of Certificates. Not fun at all, huh! Especially when you have to be prepared with a laptop and printer and you have to print all the certificates together with the winners' names immediately after each event.  And the best thing is, you have to stay there, under a big tent, wait until the prize-giving ceremony. uwahhh with this hot weather i think i will turn into Dayang Senandung.
 -_____-

However, i'll try to take it as a challenge. I hope i can do it insyaallah.


Saturday, June 15, 2013

episod: lalang.......

sempena hujung minggu yang tak produktif ini, kerana aku demam+batuk+sakit tekak, aku hanya mampu buat kerja2 ringan spr mencuci kipas n bilah kipas yg makin hari makin membuatkan aku terbatuk2 sebab banyak sgt debu melekat.
bila buka pintu dan tingkap, terlihat akan lalang2 yang semakin meninggi. aku hanya mampu melihat dan memejam mata mengharapkan keajaiban berlaku. mana tahu tetiba, PLINGGG!!! lalang bertukar pendek, x pun depan rumah aku tetiba bertar...heheheh
hari ni seperti biasa aku bgn lambat, lepas breakfast sesuatu yang menarik perhatian berbunyi....

wengggggg!!!!!!bukan motor ye. mesin rumput!!!!

yesss!!pakcik sebelah rumah memesin rumput. dengan segera aku mandi kerbau takut tak sempat nak cakap kat pakcik tu suruh potong lalang umah aku jgk. terus aku menjenguk dari beranda rumah, "Pakcik, nanti boleh tolong potong depan ni tak?" Dia jawab, "Ya, nanti pakcik potong." Yessss!!!

Aku undur kereta letak depan rumah dia. Buat pertama kali, aku berpeluang menegur dan berbual-bual dengan kakak rumah sebelah di mana selama ni aku hanya berbalas senyum dengan dia. Dahla aku ingat dia anak pakcik tu, mmg awet muda. Sedar tak sedar dekat 2jam aku berbual dengan dia. teringat plak kat rumah, sbb lupa nak tutup pintu tadi. Kak yah sangat suka berbual dengan aku, berapa kali niat aku nak balik tertangguh sebab banyak betul isu2 yg dia nak ckp.heheh maklumla aku kan pandai melayan kakak2 makcik2 berbual....ye kot.hahaha perasan...
pakcik pun dah siap mesin rumput. hasilnya....wahhhhhh,,,,,sejuk mata memandang walaupun berat pakcik tu memikul mesin rumput.hehehe TQ abe mat yg ensem+kak yah yang peramah. terimalah tembikai dari saya untuk anda sekeluarga :)

ohh,,lupa 1 perkara. abe mat terjumpa seekor ular kapak depan rumah aku di bawah serumpun pokok ape ntah...dia dah pukul sampai mati...benda ni la yg aku takut selama ni.....

ps: tembikai bawa mggu lps lagi, mmg niat nak bagi kat jiran2 tapi mggu ni sbuk sket so hri ni baru ada kesempatan.

Monday, June 10, 2013

pengalaman mencuba terapi ion rendaman kaki....

-gambar hiasan-
pehhh panjang tajuk blog aku kali ni..setelah berbalas pendapat dengan abangku di mana aku pernah baca tentang penipuan ion rendaman kaki ni, dia memaksaaku untuk mencubanya sendiri.
Abang aku kata kakak ipar dia dah cuba banyak kali dan penyakit hempedunya bertambah elok. abang aku kata bila dia cuba buat pertama kali, air dalam bekasnya tu berubah warna dan orang di pusat terapi bertanya adakah dia mengalami gastrik yang teruk? terkejut abang aku sebab dia x bagitau pun dia ada gastrik. kalau kolesterol tu orang boleh teka sebab badan dia sihat jugak mcm badan aku.hehe
aku pun cuba la. sepatutnya setengah jam je tapi kedai tu baik hati dekat sejam jugak aku merendam kaki. masa buat tu aku dah rasa mengantuk sebab gi waktu malam. abang aku kata badan akan mulai bertindakbalas dengan ion2 menyebabkan kita akan penat esk.
aku mengiyakan saje. dalam hati mcm x percaya, maklumlah pengaruh media massa. aku mmg cepat terpengaruh. hehe
dah siap tu akku tgk dlm besen tu mcm ada minyak sket melekat kat tepi2. org tu kata kolesterol. mmg la pun, tgk body la kan. huhu abg aku punya besen lagi keruh air dia. aku ada ambik gambar tapi segan nak upload sebab "lawa" sangat kaki aku. huhu
esknya, badan aku lemah tahap kena tumbuk 100x. tak pernah lemah sampai mcm tu, lembik jadinya. mak aku pun sama. rupanya tu adalah tindakbalas dia. sabar je la.
esoknya aku cergas la...
balik nt nak pergi lagi. benda ni kena buat banyak kali baru nampak hasil...insyaallah...
kita hanya berusaha kan...