click for fun!!

Sunday, July 28, 2013

bulan kita!!

Assalamualaikum....
First entry berkenaan Ramadhan tahun ini. Walaupun dah menjengah hari ke-19, rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua....
Azam Ramadhan aku tahun ini, insyaAllah akan cuba menghabiskan atau khatam al-Quran sekurang-kurangnya sekali. (nampak gaya paling cepat pun sekali khatam je, melihat pada kelajuan pada tahap sederhana sekarang ini :p)
Kak Na, Chik dan aku ber"wechat" setiap hari, bertanyakan aktiviti setiap hari, terutama menu untuk buka puasa, dan progress pembacaan al-Quran. Nampaknya Kak Na sudah mendahului, beliau sudah pun khatam pada beberapa hari yang lepas dan sekarang meneruskan untuk yang ke-2 kali pula insyaAllah. Aku semakin bersemangat untuk membaca dan menghabiskan al-Quran dengan kata2 dorongan dan semangat daripada mereka. Begitu juga dengan solat sunat terawikh, yang sebelum ini hanya diambil ringan olehku :(
Terasa tersangat rugi kerana mensia2kan bulan khas untuk ummat Nabi Muhammad ini sebelum ini. InsyaAllah azamku juga ingin menunaikan sola terawikh pada setiap malam Ramadhan kecuali pada saat2 yang tidak dapat dielakkan.
Oh, cuti sekolah dengar2 dapat 2 minggu termasuk 1 minggu cuti mid sem. Tapi kat sekolah aku yang ala2 terasing ni pelik sikit. Ramai guru yang setuju untuk bersekolah pada hari Ahad dan Isnin minggu depan!!!! Aku rasa macam x patut nak kena datang balik untuk 2 hari itu. Hmmm, harap2 dapat cuti macam sekolah lain. Walaupun bonus raya x dapat tahun ni, dapat insentif RM500 pun dah bersyukur daripada tak dapat langsung, tapi that means tak dapat nak beraya sakan sangat. Terutama bagi yang suka shopping macam aku. Tapi tahun ni bersederhana sikit. Maklumla dah semakin tua ni nafsu pun takde la banyak sangat macam tahun2 sebelum ni. hehe

Checklist :
#bayar upah baju
#tukar duit raya (suruh chik je kot) duit raya kurg ye tahun ni i pokai already :p
#bayar duit handbag kat chik (diskaun sket bley x?huhu) ending pun with 2 handbags, ishh x patut ni sbb tahun ni tema raya aku ialah JIMAT -____-
#kemas bilik kat kampung -___-
#pegi saloon :)
#jalan2 kb mall menambahkan sesak

wahhh,,tetiba rasa bersemangat untuk menyambut raya.......:)

Semoga kita semua mendapat dan berkongsi keberkatan dalam bulan yang mulia ini.






2 comments:

bibopp said...

ittakullah. papi i lob u!

Unknown said...

lob u more!!!
lama x jumpa n borak2 :'(