Setelah seminggu lebih menanda, kelas tengah aku 5KE2, hanya 6 orang yang gagal. Alhamdulillah. Sebelum ni ramai juga yang gagal. Awal tahun 2013 aku ambil kelas diorang, hampir semua gagal. Mungkin juga peperiksaan tahun lepas susah sikit ataupun mereka masih lagi dalam mood "honeymoon". 6 orang yang gagal, seorang je perempuan. Aku maafkan dia walaupun gagal, markah dia meningkat dari peperiksaan pertengahan tahun. huhu
2 kelas lagi juga meningkat sikit, 5 MPV 4 orang lulus. Sebelum ni sorang je. Kelas anak2 aku 5 PS (aku guru kelas), juga meningkat sikit. 3 orang lulus, sebelum ni sorang je. Memang tahap BI kat sini sangat teruk, you know, rural area. Nasib baik tak dapat elaun susah hidup je kat sini. (Bulan lepas tetiba ade elaun susah hidup dalam slip gaji, kerani tersilap n tertukar dengan elaun mengajar BI, dah kena pulang balik..huhu)
Oh, dah macam mesyuarat post mortem Percubaan SPM lak aku kat sini. Tadi penat meeting, dahla air takde kat sekolah. Nak terkucil ditahan2..Tak patut betul. Ok, dah melalut.
SPM dah dekat sangat ni. Otak pun makin ligat berfikir nak buat ulangkaji dengan mereka, bagi menolong UPkan BI mereka2 kat sini. Dalam doa pun dititipkan doa buat mereka agar terang hati. Walaupun ramai lagi calon yang memang tak menghargai masa yang mereka ada. Aku selalu nasihat jangan sampai menyesal di kemudian hari. Tapi budak2 ni mcm biasa, mana la nak dengar. Nanti dah susah nak dapat kerja baru la menyesal taknak belajar betul2. Aku dah mcm nenek tua bagi nasihat kat budak2. huhu
Oh, esok dah Khamis. Tak sabar nak balik kampung. Rindu mek, rindu anak2 buah n adik beradik. Sedih sebab adik bongsu (geng) dah kerja n duduk jauh nun di KL sana. Lama dah rasa x jumpa. huhu
ps: skrg balik sekolah je sibuk main game. berhantu betul game kat laptop aku ni.
No comments:
Post a Comment