click for fun!!

Tuesday, April 26, 2011

entry busy like a bee...



last 2 weeks nazir datang..hari ini, esok, lusa, pemantau dari JPN datang.semua guru berlari2 ke sana sini membawa fail2 besar sejak mggu lepas lagi..aku pun tak terkecuali..suami hairan kenapa aku membawa balik buku rekod, bekas pensel, fail biasiswa, laptop n beberapa kertas yang berterabur. aku letakkan semua itu atas meja di ruang tamu..biar dia tau bini dia ni sibuk minggu ni..huhu
tapi yang tak bestnya, rancangan Awan Dania berjaya mengalihkan tumpuanku dari semua kerja yang penting itu.lepas cerita tu aku memasak mushroom soup pula..pkul 11 lebih baru aku mula membuka fail n menyusun apa yang patut..bila on laptop n mula menaip minit mesyuarat, baru aku perasan...aku lupa bawak balik kertas agenda meeting :(

Tuesday, April 19, 2011

kasarrrr sangat...


terasa hati dengan this one colleague yg cakap agak kasar,hanya kerana markah yang agak lambat dimasukkan ke dalam sistem.

masa: pukul 12:54 tghari smlm..

dia: ros,banyak lagi markah tak masuk ni..ptg ni pukul 3 sy dah kena pergi ppd.dah dah lambat ni!!(dengan muka yg masam+siap menjeling lagi)

aku: ye ke banyak?rasa mcm 2,3 je..sy dah kejar cikgu2 ni tapi diorang lambat bagi kat saya markah tu..

(perhatikan: dia nak gi ppd pukul 3, pukul 1 baru bagitau aku.apa salahnya bagitau awal2,,bukan dia je ada tugas.aku pun sama.mungkin aku terlalai ke apa.)

one more thing, aku bukannya sengaja tak nak masuk markah.dah cikgu subjek lain tak bagi2 markah kelas aku kat aku..

tak kisah la yg itu..apa salahnya kalau cakap elok2..bukan dgn muka yg kalah2 hantu mak limah..kita di tempat kerja yg sama,,esok lusa akan bertemu lagi..

Friday, April 8, 2011

school trip...

setelah melalui pelbagai cabaran, termasuklah beberapa kali meng'edit' paperwork untuk Kadet Polis gi lawatan, maka last Wednesday kami berjaya!!

err,,pertama kali menyertai lawatan dan menjadi ketua rombongan, maka tak hairanlah me jadi over excited..hihi bad news, Penjara Sg Buloh dah ada program lain pada hari itu, tapi kami berjaya bawa pelajar ke satu tempat lain..

dalam bas..


memula skali gi Muzium PDRM..





bersama pakcu, pakcik bas.









lepas tu, Planetarium Negara.me dah gi dulu masa darjah 6!






kawan2 ku yg sanggup jadi guru pengiring :)