click for fun!!

Tuesday, October 22, 2013

tips menabung..


tabung "London" aku :)


assalam semua...
malam ni nak cakap pasal duit. ye, duit. mungkin ramai yang akan kata DUIT adalah benda yang paling berpengaruh di dunia. ade jugak yang kata, DUIT tak boleh beli kebahagiaan. too cliche kan. tapi bagi aku, duit memainkan peranan penting. ni bukan zaman 60-an xde duit pun boleh hidup. kena lak yang tak pandai bercucuk tanam macam aku. tangan panas orang panggil.
aku baca kat facebook yang orang share tentang cara nak saving,,,,,iaitu dengan cara kau asingkan duit RM5 dan RM20 kalau ada dalam wallet. setiap hari. aku memang jarang jumpa duit RM20, lagipun aku tak berapa gemar. selalu buat aku konfius dahla lemah Matematik silap2 aku tertukar dengan duit RM10.huhu tapi kalau ada, kau letak dalam tabung. Hujung bulan kira pastu masukkan dalam bank@beli brg yang kau nak beli sgt. minggu ni aku start buat. tapi kalau makan kat kantin aku suka guna duit RM5, sbb senang.huhu lepas ni xleh bagi dah...simpan!!
sebelum ni aku simpan syiling, x sempat penuh aku dah x sabar nak kira. aku mmg excited lebih. haha tapi sebagai org keje makan gaji mcm aku, hjg bulan semput sikit la. masa ni la asyik menjeling2 kat tabung. aku memang boros orangnya. sekarang ni je baru reti nak berbelanja mengikut keperluan, bukan kehendak. ni pun masih tergelincir dari landasan yang benar.....aku respek sangat orang yang pandai menabung, dan tak shopping ikut nafsu. yang ada laki keje gaji 6 angka dikecualikan. huhu
ohh,,mengarut dah aku ni. ok,, tema minggu ni ialah menabung k. marilah menabung :)



No comments: