click for fun!!

Friday, April 6, 2012

Pergilah...





Melalui rutin hidup yang amat membosankan. Pagi sekolah, balik sekolah. Malam keluar makan pastu balik. Tido. Hari-hari yang kosong. Meaningless. Lonely walaupun ada kawan-kawan yang menghiburkan.
Bilakah semua kebosanan ini akan terisi? Bila kesunyian macam ni mula la teringat kenangan lama, kenangan pahit dan manis dari mula bercinta sehingga berpisah. Untuk bersama semula dengannya memang sesuatu yang mustahil kerana aku dah sangat serik. Biarkan masing-masing begini, mencari kisah hidup yang lain pula.

Untuk memulakan perhubungan baru, memerlukan komitmen yang tinggi. Pesanan mak masih terngiang-ngiang di telinga. Perlu lebih berhati-hati selepas ini. Memang dulu silap aku kerana terlalu cepat memberi komitmen dan menamatkan kisah cinta tanpa menyiasat terlebih dahulu. Daripada alam perkenalan, bercinta, bertunang dan bernikah semuanya kurang daripada 8 bulan. Niat di hati ingin mengelakkan maksiat daripada berlaku tapi lain pula yang terjadi. Bukan ingin menuding jari tapi dalam hal ini ramai yang bersimpati kepadaku kerana secara terang-terangan salah itu banyak yang berpunca darinya. Bukan tidak pernah berusaha untuk buat dia berubah tapi usaha itu sia-sia kerana tubuh badannya dah bersatu dengan benda itu.

Aku hanya mampu berdoa dari jauh agar dia akan berubah satu hari nanti. Segala urusan aku dan dia di dunia ini sudah tamat di sini. Pergilah,, pergilah mencari teman hidup baru. Jangan kenang lagi pada aku.