click for fun!!

Friday, September 6, 2013

Syawal 2013....

Salam semua...
Jangan gelakkan aku. Aku tau aku dah sangat ketinggalan. Untuk cover line, ayat aku mcm ni. "Sengaja update lambat sempena hari2 terakhir Syawal...." hehe
Syawal tahun ni tema baju keluarga aku "Merah Pulasan." Korang tau enggak buah pulasan tu apa? Buah yang seakan-akan rambutan tapi bulunya lagi keras.Oleh sebab aku dah lama tak jumpa buah pulasan, maka warna baju raya aku lain sikit. Marah betul si penentu warna raya tahun ni, abe ku si Palli. huhu Nasib baik aku ada baju lain yang kaler dia merah ala2 pulasan. Bolehla dipakai utk bergambar.
Raya tahun ni aku kena jaga Daniel coz Kak Na bersama Kak Su memenangi percutian ke China tajaan Seng Heng. So aku tak bebas sangat ke sana sini sebab Daniel kena cirit-birit. Pengalaman beraya bersama "anak", walaupun penat tapi amat meriah. Patutla parents yang ada anak rasa lebih excited utk pergi beraya. Baru aku tau perasaan itu... Bila lah nak ada baby ni? :)


ehem....yours truly yang kontrol ayu hehek (baju yang kaler salah tema)
Ohana means family :)


Bergambar di tangga kerana kepanasan, blackout sejam lebih di hari raya.

Ada "hantu jerangkung" atas bahu aku hehek

Fatin anak saudara yang dah slim giler,,,aku?bila la nak slim....



No comments: