click for fun!!

Monday, August 31, 2009

jejak kasih...




hari ini dalam sejarah..setelah sekian lama,, aku berjumpa kembali dengan 2 org sahabat lamaku,,iaitu Yaya dan Yatie..kebetulan mereka 2 orang ni sebilik,,berada depan bilik aku kat MRSM KT dulu..dah hampir 8 tahun tak dengar khabar..tup2 Yaya dah ada anak 6bulan..Yatie lak is expecting her first baby...
wah..wah..aku gak yang ketinggalan..takpe,,takpe,,akan aku mengatasi mereka dari segi jumlah cahayamata..hahahahaha insyaAllah..

Sunday, August 16, 2009

tunggu punya tunggu...

hari ini pepagi lagi aku dah bangun.dengan penuh semangat aku mandi dan terus ON pc satu persatu..tingkap ku buka, kipas ku pasang..oh segarnya hari Ahad..kedai mamak kat seberang sana dah penuh dengan manusia mencari makanan di pagi yang manja ini..
aku mula menunggu pelanggan datang..sambil melayari Facebook..

setelah setengah jam..
masih belum ada tanda2 orang datang,,termasuklah "anak angkat" aku@pelanggan paling setia, iaitu anak tokey kedai bawah, Naim yang pantang tgk aku buka kedai...berlarian dia datang bersama kawan baik dia, anak tokey kedai emas yang manja dipanggil Achik..aku menjadi hairan..

tetiba baru aku teringat,,pintu kat bawah belum aku buka!!arghhh!!

Monday, August 10, 2009

episod mengganti puasa..

entry ini bukanlah untuk membuka pekung di dada, namun lebih kepada pengajaran kepada semua umat2 Islam di zaman ini,,terutamanya kawan2ku yang disayangi...
ya,,aku masih berbaki beberapa hari lagi untuk mengganti puasa yang ku tinggal pada Ramadhan lepas.bukan aku tak berusaha, dan bukan juga aku lupa..namun sebagai insan yang lemah dan senang tergoda terutamanya bab makanan yang sedap2 nie,,aku selalu postpone rancangan ganti puasa aku...
dengan itu, setelah beberapa minggu menunda tarikh keramat untuk berpuasa ganti, hari ini dengan berkat keazaman yang kukuh dan sokongan yang tak berbelah bagi dari "Mr Amr Diab",,hehe aku berjaya menamatkan puasa pada hari ini..dan tadi aku berbuka puasa kat Rest. Putih..chicken grill yang begitu lazat..((walaupun t'silap pegi tanya waktu magrib kat pekerja yang pakai short!))thanks to Bieb for her reccomendation..luv u beb..jgn lupa pilih Ozel yang cantik2 mcm gue pilih ye..hehe
berbalik kepada episod ini, next time aku nak ganti posa masa orang ramai2 ganti,,iaitu sepanjang bulan Syawal,,(Puasa 6)),,InsyaAllah,...
MORAL:: kawan2, jgn tiru mcm aku tau..cepat2 ganti posa nanti :)