click for fun!!

Saturday, June 15, 2013

episod: lalang.......

sempena hujung minggu yang tak produktif ini, kerana aku demam+batuk+sakit tekak, aku hanya mampu buat kerja2 ringan spr mencuci kipas n bilah kipas yg makin hari makin membuatkan aku terbatuk2 sebab banyak sgt debu melekat.
bila buka pintu dan tingkap, terlihat akan lalang2 yang semakin meninggi. aku hanya mampu melihat dan memejam mata mengharapkan keajaiban berlaku. mana tahu tetiba, PLINGGG!!! lalang bertukar pendek, x pun depan rumah aku tetiba bertar...heheheh
hari ni seperti biasa aku bgn lambat, lepas breakfast sesuatu yang menarik perhatian berbunyi....

wengggggg!!!!!!bukan motor ye. mesin rumput!!!!

yesss!!pakcik sebelah rumah memesin rumput. dengan segera aku mandi kerbau takut tak sempat nak cakap kat pakcik tu suruh potong lalang umah aku jgk. terus aku menjenguk dari beranda rumah, "Pakcik, nanti boleh tolong potong depan ni tak?" Dia jawab, "Ya, nanti pakcik potong." Yessss!!!

Aku undur kereta letak depan rumah dia. Buat pertama kali, aku berpeluang menegur dan berbual-bual dengan kakak rumah sebelah di mana selama ni aku hanya berbalas senyum dengan dia. Dahla aku ingat dia anak pakcik tu, mmg awet muda. Sedar tak sedar dekat 2jam aku berbual dengan dia. teringat plak kat rumah, sbb lupa nak tutup pintu tadi. Kak yah sangat suka berbual dengan aku, berapa kali niat aku nak balik tertangguh sebab banyak betul isu2 yg dia nak ckp.heheh maklumla aku kan pandai melayan kakak2 makcik2 berbual....ye kot.hahaha perasan...
pakcik pun dah siap mesin rumput. hasilnya....wahhhhhh,,,,,sejuk mata memandang walaupun berat pakcik tu memikul mesin rumput.hehehe TQ abe mat yg ensem+kak yah yang peramah. terimalah tembikai dari saya untuk anda sekeluarga :)

ohh,,lupa 1 perkara. abe mat terjumpa seekor ular kapak depan rumah aku di bawah serumpun pokok ape ntah...dia dah pukul sampai mati...benda ni la yg aku takut selama ni.....

ps: tembikai bawa mggu lps lagi, mmg niat nak bagi kat jiran2 tapi mggu ni sbuk sket so hri ni baru ada kesempatan.

No comments: