Aku baru habis baca novel ni semalam.
Agak tebal juga, 813 muka surat.
Aku habiskan dalam masa beberapa hari, daripada hilir (kampung aku)
ke sini (hulu) tempat aku mengajar.
Catchy gile cover dia, memang betul-betul mencuri perhatian dan hati aku.
So, (hint) kpd wanita-wanita di luar sana, kalau nak perhatian pakaila baju warna shocking pink ye.
OK, kembali kepada novel. Baca sinopsis kat belakang macam boring.
Iye la, konflik nak pilih boyfriend@suami kan.
Tapi bila baca, not bad at all.
Aku suka juga la watak utama, Nur Adreiana yang sempoi.
Watak-watak lelaki yang kaya-raya, macam biasa.
Takkan nak buat watak-watak miskin kan, harusla kaya baru imaginasi terbuai-buai.
Noah Ryzal yang berdarah mix "menyewa" Nur, mula menyukai Nur.
Putera Raiyan, si CEO di tempat kerja Nur, juga menyukainya.
Imtiyaz Irdad, si jiran yang menyukai Nur sejak kecil.
Dan Suffi Naufal, si Remy Ishak celup menyukai Nur kerana wajah Nur persis arwah tunang.
So, mana satu pilihan Nur???
Aku berangan jadi Nur.ahaks
Mula-mula aku ingat Imtiyaz, rupanya itu hanya perasaan sayang kat kwn baik.
Aku berharap Nur terima Putera Raiyan, tapi si putera ditolak awal-awal lagi.
Suffi pula diterima pada awalnya kerana wajah hensem persis Remy Ishak.
Rupa-rupanya dua2 hanya "mahu", bukannya "perlu".
Setelah pelbagai halangan dan road blocks, maka last2 baru tahu rupanya
jodoh Nur adalah dengan Noah Ryzal.
They are meant for each other....
No comments:
Post a Comment