click for fun!!

Saturday, December 24, 2011

i'm back....


#yes, i'm back to my home sweet home...finally..finished with the marking thing..
#kak la is getting better but still need to be angkat ke sana ke mari
#rainy day..i love it because it's cold..
#sad but i need to be strong...
#autumn in my heart :(


Thursday, November 17, 2011

tragedi 11.11.11

Tajuk sama seperti tajuk muka depan Kosmo hari Sabtu lepas. tragedi bagi keluarga kami apabila salah seorang yang parah dalam tragedi perlanggaran antara bas membawa guru dan pelajar2 smk air merah,kulim,kedah dan treller pasir di lebuhraya berdekatan Behrang adalah kakak aku, Rosilawati Mat Rifin.

masih aku ingat lagi hari raya haji 2 mggu lepas, Kak La (panggilan aku kepadanya) memberitahu kami sekeluarga ddn gembiranya dia akan mengiringi bebudak sekolah dia membuat lawatan ke Genting Highlands n Kuala Lumpur. malam sebelum kejadian Kak La bagitau kat FB yang dia dgn anak saudara aku, Qistina akan bertolak pada tgh malam dgn bas untuk pergi lawatan tersebut.
pagi itu.......
aku mendapat panggilan daripada kakak sulung, Rosmaniah dan kakak ke-4 aku, Rosni Haida. terkejut n lemah lutut aku bila mendapat tahu Kak La kemalangan dan cedera parah. nasib baik Qistina cuma calar2 kecil dan kepala benjol sikit.
aku mintak dengan En. Ramli, Pengetua untuk excuse mesyuarat guru kali terakhir untuk ke sana. setelah mengisi borang kebenaran keluar aku balik bkemas dan terus menuju ke Teluk Intan dengan serta--merta.

 setelah mendengar cerita sebenar aku bsyukur sgt kerana Kak La masih selamat. bayangkan bas yang seberat berapa tan tu menimpa Kak La dari pinggang ke bawah. dan tgn kiri dia tersepit di bawah badannya. selama lebih kurg 1 jam baru bomba sampai.
aku juga menitik air mata bila Kak La cerita anak buah aku berteriak "Allahu Akbar!!" dan mengajar uminya   mengucap apabila dia melihat uminya tersepit di bawah bas.tak dapat aku bayangkan perasaan anak buah aku masa tu.
esoknya 3 paper menyiarkan tragedi ini di muka depan iaitu Harian Metro, Kosmo n Utusan Malaysia.

esok,insyaallah aku akan ke sana lepas sekolah.....

PAHA PATAH KEDUA2, KAKI KANAN PATAH 3, BAHU PATAH.



ABG IPAR YANG SETIA MENJAGA KAK LA YG SAKIT...

ADIK YG MENANGIS LAGI KUAT DRP KAK LA BILA KAK LA M'JERIT SAKIT..

NGERI...CIAN KAK LA..

TAK SANGGUP NAK TGK..



ADIK DAN KAKAK...KESIAN 2 ORG NI UMI DIORG SAKIT...

Monday, November 7, 2011

aidiladha 2011...

alisha, kak long, ct, fatin, adex, aku, mak, chik n kak la.....

Wednesday, November 2, 2011

marking time!!!!


These are the bundles for today...aduhh,,thank God I'd managed to finish Peralihan's. 



Lalalala today's tudung,,my students said i look like a FISH ....what????how dare u.huhu
Had to wear this today because there is no more tudung left..kena basuh daa....

Monday, October 31, 2011

surprise!! (but he knew it)










went to buy the cake at 11pm last night, thank God.. Dania Cake House was still opened. He went out with his best friend for a drink,,so when he came back...I switched off the light,,lighted up the magic candles (which would re-lighted even after u blow it out for several times)..
he opened the door and..

SURPRISE!!!

but he kinda knew it..ceh!!

ps: siap pesan lagi,,next time klu nak buat surprise lagi beli chocolate cake!

Monday, October 24, 2011

relaxxx....


Pahang cuti agak lama kali ni. hari ini hari keputeraan DYMM Sultan Pahang, hari rabu Deepavali so cuti terus sampai ahad depan. aku hanya lepak-lepak di rumah. dah pergi Kuantan tengok wayang hari Sabtu. best gile Real Steel. aku tengok poster macam tak best.
 hari ni masa untuk mengemas rumah dan marking paper bebudak form 4. Chik n Kak Na ajak gi Kulim+Cameron Highlands esok. malas lak nak jalan coz hari Jumaat-Ahad meeting untuk pemeriksa PMR. best gak jadi examiner ni at least banyak skill memeriksa n mengajar aku dapat.
hermm malam ni lepak lagi tgk DVD sampai puas.bestnya cuti!!

Thursday, October 6, 2011

the school, the kids and I...

my routine every weekdays- wake up by 6.15am, go to school by 7.25am. go back home by 2.40 pm...
 what a boring life!!
if i am a rich woman, i would resign immediately. and do business. any business, maybe a boutique or a saloon. ecehhh berangan je lebih...
but im not rich. far from rich. huhu so i will just be a teacher. i enjoy being a teacher (except the moments when some of my students turn into monsters and i will menyumpah2 dlm hati "kenapalah aku pilih kerjaya ni dlu")
but most of the time i enjoy being surrounded by my students, especially when i have something to tell or to show them.


Form 4 girls..








4PS girls...
half of 2JG boys..



Tuesday, October 4, 2011

lambat....

hari ni aku kena panggil ngan GPK 1, bsama-sama dengan sorang kakak ni..kami tertanya-tanya kenapa kami kena panggil. aku terus pergi "mengadap" baginda..huhu
rerupanya kes selalu datang lambat ke sekolah. setelah beliau check punch card itu, aku telah lambat selama 8 hari pada bulan September sahaja. siap dengan tarikh2 nya sekali. mukaku malu tak terkata. memang la cikgu tu baik, tegur dengan bhemah namun aku tetap menanggung malu yang teramat nik amat..
aku mmg selalu bangun lambat skrg,,bukan aku sengaja tapi asma aku menjadi2 bila aku tidur so bila tidur aku terganggu, aku x puas tido n lambatla aku bgn...(alasan!)
kesian kat aku kan...
takpe...esok aku nak bangun awal...huhuhuhuhu




muka boring kena marah...


LALALALAA KENA MARAH,....


Thursday, September 29, 2011

patutkah??

aku dah makin bosan memandu dengan kereta manual.sakit kaki kiri aku memijak clutch..ada 2 pilihan skrg ni..patutkah aku menolak Gen2 dan terus mengambil kereta lain yg auto?semestinya memerlukan duit yg banyak. ataupun pilihan lagi 1: ada org menawarkan kereta dengan harga sangat murah,kereta kancil@kelisa auto. murah kat sini adalah kurang dr 5k. menggunakan kereta kecik untuk setahun n then saving untuk beli mpv sblm raya tahun depan??
patut pilih yg mana???

Tuesday, September 27, 2011

1st Coach...

beli wallet Coach ini minggu lepas. seorang kawan satu tempat kerja berbangsa Cina mengirim 1 handbag dan wallet Coach kepada makciknya yang tinggal di US, untuk adiknya. dia menggunakan duitnya dahulu untuk membayar kepada makciknya itu. tapi adik beliau tidak bkenan dengan kedua-dua handbag dan wallet.
aku selalu berbual dengan kawan Cina ni berkenaan jenama Coach sebab aku nampak handbag2 dia sangat cantik. dan ORIGINAL. so aku tanya la..lama-lama kami jadi baik sebab Coach. aku sekadar menanya je sebab dalam hati,,"ntah bila la aku nak dapat miliki jenama ni"..
so aku orang pertama yang dia tanya sama ada berminat ke x untuk beli..aku aim untuk handbag tapi handbag tu tak menepati citarasa aku..bila dia tunjukkan wallet tu..wow..cantiknya..aku terus grab...sementelah harganya 1/3 daripada harga yang dijual kat M'sia ni..
nak tgk wallet tu?
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
 .
.
.
.
.
.
.
 .
 .
.
.
.
.
.


bila dah ada, rasa sayang pulak nak guna. takut kotor.bleh ke mcm tu?huhu

Monday, September 26, 2011

Nama-nama Jepun...



Yang pemarah- KEIJI CACIMAKI
Yang suke bjimat- SAYORI SUKAMURA
Yang bisu- KIETA TADASORA
Yang suka mkn nasi- NANACHI KASIBANYA
Yang suka lyn blues- APO NADIKATO
Yang suka belajar- ASHIKO ULANGKAJU
Yang kerap bikin kacau- WAKASI HURUHARA
Yang sangat kdekut- MATIMATI TAMOKASI
Yang suka sgt tidur- ICHIBAN TIDOMATI
Yang suka mengintai- HINTAI AKOSUKA
Yang tua-TARAGIGI PADANMUKA
Yang kne tinggal bini- SUSAHATI BINILARI
Yang suke merempit- SAJA CARIMATI
Yang lembab- AYUMI SIPUTBABI



taken from: http://jejariruncing.blogspot.com/

Thursday, September 22, 2011

tutti fruitti..

tetiba teringat akan kesedapan frozen yogurt di Tutti Fruitti. Cuti raya yang lepas sempat round satu Pengkalan Chepa untuk cari kedai TF yang baru dibuka. rupanya nun tersorok di depan Taman Tengku Anis. memang sedap sangat walaupun harganya agak mahal bagi aku. tapi hari tu Kak La dan Abg Din yang belanja...


puncak yang paling tinggi tu saya punya!!hehe

terbayang kesedapan...

5 cup ni harga semua RM 101.50...nasib org belanja ;p

tercapai jugak hasrat Kakak n Adik nak makan tutti fruitti ni..
ermm kalau kat Jerantut ni mimpi dulu la nak makan...bila la agaknya nak ada cawangan kat sini...kat Kuantan aku dengar baru dibuka...jom ke sana...
Tutti Frutti Kuantan

Wednesday, September 21, 2011

splashhh!!!!!!

Dah cukup setahun sejak kali terakhir kami pergi berenang. Kalau di daerah ni kat mana lagi kalau bukan kat swimming pool Jerantut Hill Resort. Ada seorang pakcik dan seorang kanak-kanak je yang sedang berenang bila kami sampai kat situ. Memang swimming pool tu kami yang punya la...:p


puas berenang makan dlu...

lengang je...

geram nak gelongsor kat situ tapi takut runtuh plak..huhu

aksi balak hanyut..kekeke

ni mandi manda bukan berenang..kekeke

huhu

pakai cap tapi rerambut lak kuar...

Monday, September 19, 2011

perubahan....

banyak perubahan positif yang aku nampak setelah pulang dari cuti raya. alhamdulillah setakat ini kami suami isteri tidak lagi "panas" seperti dulu. kami berdua cuba ubah diri masing-masing ke arah yang lebih baik. suami mula menunjukkan perubahan sikap yang positif. dan aku cuba untuk berhati2 memilih perkataan untuk bercakap supaya tidak kasar kedengaran di telinganya.
rumah juga semakin kemas. aku ajak students ke rumahku.nampaknya ramai yang sukarela datang menolong aku menyusun atur kedudukan perabot dan mengemas sekeliling rumah. nampak semakin luas dan kemas.juga makin sejuk mata memandang...


satu benda lagi yang aku harap akan dimakbulkan...anak...aku suka sangat kat baby...setiap kali lepas solat akan aku doa minta supaya aku berkesempatan untuk menjadi seorang ibu,,,amin....

Wednesday, August 31, 2011

~happy~

alhamdulillah this year once again we have the opportunity to celebrate Eidulfitri. although there is only one week off, i had and will make full use of it.
yesterday was the first day of Syawal. this year's turn is at my in law's but as my in law's home is full, we celebrate Eid eve here in my hometown, Gunong. =)
yes im sooooo happy.....
this year color theme is Dark Green.


setelah pulang dari sembahyang sunat aidilfitri..

di pusara arwah abah..

bersalam dan memberi duit raya kepada mak...=)

bersalam-salaman dengan suami =)

sesi bgambar sebelum makan...

family tercinta...

sebahagian daripada ahli keluarga....