click for fun!!

Friday, August 15, 2014

setelah 2 bulan...

Hi semua..baru aku perasan dah lebih 2 bulan aku tak update blog. tak sangka lak dah 2 bulan lebih blog ni bersarang labah2 kat sini. hadoiii..

Hidup aku selepas cuti sekolah tengah tahun hari tu agak kelam kabut. sibuk dengan tugas sebagai Ketua Panitia yang baru aku pegang mulai tahun ini. Fail-fail dan surat juga dokumen, kertas kerja dan lain-lain amatlah membuatku kelam kabut. Tak lagi rileks macam tahun lepas yang mana tugasku hanya mengajar. Tetiba rindukan saat itu, huhuhu

Sepanjang bulan Ramadhan juga aku harus ke surau setiap malam. ehem harus la menunjukkan contoh yang baik kan. hehehehe selain itu juga aku mulai sibuk dengan urusan peribadi. hehehe yang itu biarlah rahsia dulu. nanti sampai masanya akan aku bagitau jua...

buat masa sekarang hidupku mulai berubah. selain sibuk dengan urusan asrama dan sekolah, perniagaan kecil-kecilanku di waktu malam semakin menyibukkan aku dengan urusan dunia. Semoga aku tidak lalai dengan urusan akhirat yang lebih penting. Kadang-kadang aku terlalai juga.. maafkan aku ya Allah atas khilaf ku yang selalu terlalai ini.

sebagai permulaan untuk bulan Ogos, azam aku macam biasa untuk lebih berjimat cermat, savings sebanyak mungkin dan memberi lebih perhatian kepada orang2 yang aku sayang.semoga aku dapat manage semua kerja dengan baik juga.