click for fun!!

Sunday, January 5, 2014

Suamiku Tak Romantik, Tapi Autistik.



Dah lama sebenarnya aku perasan novel ni kat rak-rak novel di Popular dan SMO.
Tapi sebab tajuk dia macam sengal sangat, aku tak beli.
Kakak ipar aku beli novel ni lalu haruslah aku pinjam.

Tebal woo novel ni, 888 muka surat.
Mengisahkan tentang seorang perempuan anak tunggal.
Bernama Nura Alia yang baru habis pengajian.
Bercinta dengan Syed Azmi yang playboy dan berpura-pura.
Nura Alia cuba dirogolnya.

Untuk membalas dendam, Nura Alia mencari rumah Syed Azmi
Kononnya mencari kerja
Mendapat kerja sebagai babysitter kepada Syed Azwan@Boboy
Abang kepada Syed Azmi yang autistik
Syed Azmi dah sambung belajar kat Sepanyol masa tu.
(Takleh blah anak org kaya sambung belajar kat Sepanyol ihik)

Keluarga Syed Azmi sangat baik
Kejadian2 tak diingini berlaku apabila Syam si Ustaz Gatal 
Cuba menodai Nura Alia tapi diselamatkan oleh Boboy
Last2 Boboy dengan Nura Alia pula ditangkap berkhalwat
 dan seterusnya Boboy kahwin dengan Nura Alia

Ayah Nura Alia dah tau Boboy hanya berlakon 
Boboy rupanya bukan autistik
Dia hanya berlakon untuk lari dari kenyataan
Peristiwa pahit adiknya mati ditikam akibat dari perbuatan jahatnya kepada Kristine
Abang Kristine membalas dendam dengan membunuh adik Syed Azmi&Syed Azwan

Syed Azmi pulang dari Sepanyol, rindukan Nura Alia
Rupa-rupanya wanita yang dipuja dah jadi kakak iparnya
Tetap ingin merebut Nura Alia daripada abang yang dibencinya
Namun Nura Alia dah jatuh cinta pada Boboy
Lia disahkan mengandung hasil dari bulan madu di Pulau Redang
ahaks

Lastly Boboy berterus terang tentang dirinya 
Yang hanya berpura-pura autistik selama 7 tahun gitu.
Haruslah semua marah termasuk Nura Alia.
Tapi kasih sayang melebihi segalanya.
And as you all expected, they live happily ever after....

Penat aku baca novel ni sebab tebal.
Tapi aku suka sebab gaya pnenulisannya padat dan berisi.
Aku tak suka novel yang tebal hanya kerana benda merapu-rapu.
Menerangkan pasal "fakta".
Aku beli novel untuk baca cerita, untuk berangan.
Kalau aku nak baca fakta baik aku Google je.
Ahaks.

No comments: