click for fun!!

Monday, January 20, 2014

Rahsia Hati.


Aku baru je habis baca novel ni
Aku beli kat SMO KB Mall minggu lepas
Penulis dia nama Azimah Lily
Cantik nama pena penulis
Penulis harusla cari nama komersial kan
Lainlah Siti Rosmizah atau Norhayati Berahim yang dah lama famous kan

OK, berbalik kepada novel Rahsia Hati
Tajuk kurang menarik walaupun cover agak OK
Tajuk dia macam novel zaman dulu-dulu
Maklumlah sekarang ni nama novel kan vogue de vas kuikui
Aku tertarik bila baca sinopsis kat belakang

Mengisahkan tentang Tengku Dania Dahlia
(Berbelit lidah aku nak sebut nama)
Dah nama Tengku harusla kaya raya siap ada bodyguard bagai OK
Adiknya lak Tengku Daniel Darius pun berbelit aku nak sebut haha

Dania dan Daniel kehilangan mama dan papa mereka dalam kemalangan
Dalang di sebalik kemalangan itu ialah Dato Johari bapa sepupu mereka
Dato Johari ingin merampas jawatan dan harta yang sepatutnya jadi milik beliau
Cerita ini banyak berkisar pada peristiwa2 iri hati dan dendam
Diolah dengan sangat baik oleh penulis
Thumbs Up for that

Datuk Dania dan Daniel iaitu Tan Sri Tengku Daud Halim yang garang dan suka memaksa
Menjodohkan Dania dengan Hairi cucu kawan baiknya
Daniel pula ditunangkan dengan Lily yang gedik dan pelik
Daniel sukakan Halina yang dikenali di Korea
Hairi menyangka Dania hanya seperti wanita lain
Dasar perempuan pisau cukur, tuduhan kepada Dania

Namun bila sudah kenal, hati mula berbisik cinta
Benci bertukar jadi cinta
Begitu juga Dania
Namun Dania masih dengan egonya
Tambahan lagi dia mempunyai satu rahsia yang ingin dijaga 
Sakit jantung yang dideritai disimpan sendiri
Akhirnya terbongkar secara tak sengaja
Pembedahan berjaya dilakukan
Rahsia hati juga akhirnya terbongkar

Dato Johari dan Melissa yang jahat
Akhirnya meninggal dalam keadaan yang sadis
Mungkin balasan dosa-dosa mereka

Pengakhirannya, Dania dan Hairi berjaya disatukan
Mempunyai sepasang cahaya mata
Daniel dengan Halina juga
Mereka live happily ever after...

Hmm,,aku suka sangat dengan novel ni
Kecuali cover dia ahaksss
Kalau nak diulang cetak lagi harus diberi cover baru
Contohnya gambar yang up to date sikit la kan
Lepas tu mesti berbondong-bondong yang datang beli
Aduh kalah graphic designer komen aku ni
Jangan maree aaa....just my two cents!


No comments: