click for fun!!

Wednesday, January 22, 2014

Happy Birthday Chit....


Happy Birthday Chit the multi-millionaire!

Today is Chit's birthday!!!
22.1.197???
hehe 


May All Your Wishes Come True!
(Although lots of ur wishes had came true...huhu)
May You have the wonderful years ahead.

I love you sis!


Tuesday, January 21, 2014

I Need a PARANG!!!!!

Hari ni sangat bersejarah bercampur seram juga marah. Rumah sewa aku hampir dimasuki pencuri pada pukul 3.30 pagi!!!
Al-kisahnya aku terdengar bunyi bising tingkap rumah aku. Macam dicakar-cakar ataupun diumpil. Aku mati-mati ingatkan kucing2 buat mogok. Tapi bila bunyi tu makin bising dan berterusan, ditambah dengan perasaan marah sebab tidurku terganggu, aku telah menepuk lantai papan rumah aku dengan sekuat hati dan menjerit. Niat aku nak takutkan "kucing2" nakal.
Akibat terlalu marah aku membuka semua lampu. Bila aku menyelak langsir, aku terkejut bila melihat sudah 2 keping cermin tingkap aku diumpil. Lampu depan rumah aku dah rosak selama 2 minggu. Salah aku sebab tak membaikinya dengan cepat.
Aku tengok cermin2 tu terletak elok di beranda. Palang besi juga sudah bengkok.Aku menelefon 999 dengan segera. Rerupanya bila kita telefon 999, nama kita akan naik secara automatik. terkedu aku bila dia sebut nama penuh. Wow, sangat canggih. Nampak sangat aku jakun.
OK, panggilan disambungkan and 3 orang polis datang walaupun agak lambat. Diorang tak tau ke aku dah gile punya takut. Huhu
Bila polis2 balik aku tak boleh melelapkan mata walau sepicing. Ciss lahabau punya penyamun. Dahla hari ni aku ada kursus pengurusan fail. Mesti aku akan berdengkur tahap tak ingat dunia.
Oh citer aku belum habis. Bila dah cerah, baru perasan penyamun tu tinggalkan pisau dan gergaji besi. Kurang ajar punya penyamun. Baru tadi polis2 datang balik ambil senjata berkarat tu.
Nampaknya aku kena dapatkan senjata untuk pertahanan diri. Menyesal aku abaikan nasihat mak aku untuk bawak parang panjang arwah abah aku. Balik kampung nanti aku wajib ambik parang tu termasuklah pisau Rambo Pidzy...Yess!! I really should!!!


gambar hiasan ihsan mr Google

Monday, January 20, 2014

Rahsia Hati.


Aku baru je habis baca novel ni
Aku beli kat SMO KB Mall minggu lepas
Penulis dia nama Azimah Lily
Cantik nama pena penulis
Penulis harusla cari nama komersial kan
Lainlah Siti Rosmizah atau Norhayati Berahim yang dah lama famous kan

OK, berbalik kepada novel Rahsia Hati
Tajuk kurang menarik walaupun cover agak OK
Tajuk dia macam novel zaman dulu-dulu
Maklumlah sekarang ni nama novel kan vogue de vas kuikui
Aku tertarik bila baca sinopsis kat belakang

Mengisahkan tentang Tengku Dania Dahlia
(Berbelit lidah aku nak sebut nama)
Dah nama Tengku harusla kaya raya siap ada bodyguard bagai OK
Adiknya lak Tengku Daniel Darius pun berbelit aku nak sebut haha

Dania dan Daniel kehilangan mama dan papa mereka dalam kemalangan
Dalang di sebalik kemalangan itu ialah Dato Johari bapa sepupu mereka
Dato Johari ingin merampas jawatan dan harta yang sepatutnya jadi milik beliau
Cerita ini banyak berkisar pada peristiwa2 iri hati dan dendam
Diolah dengan sangat baik oleh penulis
Thumbs Up for that

Datuk Dania dan Daniel iaitu Tan Sri Tengku Daud Halim yang garang dan suka memaksa
Menjodohkan Dania dengan Hairi cucu kawan baiknya
Daniel pula ditunangkan dengan Lily yang gedik dan pelik
Daniel sukakan Halina yang dikenali di Korea
Hairi menyangka Dania hanya seperti wanita lain
Dasar perempuan pisau cukur, tuduhan kepada Dania

Namun bila sudah kenal, hati mula berbisik cinta
Benci bertukar jadi cinta
Begitu juga Dania
Namun Dania masih dengan egonya
Tambahan lagi dia mempunyai satu rahsia yang ingin dijaga 
Sakit jantung yang dideritai disimpan sendiri
Akhirnya terbongkar secara tak sengaja
Pembedahan berjaya dilakukan
Rahsia hati juga akhirnya terbongkar

Dato Johari dan Melissa yang jahat
Akhirnya meninggal dalam keadaan yang sadis
Mungkin balasan dosa-dosa mereka

Pengakhirannya, Dania dan Hairi berjaya disatukan
Mempunyai sepasang cahaya mata
Daniel dengan Halina juga
Mereka live happily ever after...

Hmm,,aku suka sangat dengan novel ni
Kecuali cover dia ahaksss
Kalau nak diulang cetak lagi harus diberi cover baru
Contohnya gambar yang up to date sikit la kan
Lepas tu mesti berbondong-bondong yang datang beli
Aduh kalah graphic designer komen aku ni
Jangan maree aaa....just my two cents!


Saturday, January 18, 2014

Actually....I Love You...


Yes, I love you too...hihi
Dah habis baca novel ni minggu lepas lagi
Lupa pula nak review
Eceh,, macam la kerja aku review novel orang je kan

Cover dia tak catchy sangat
Aku beli sebab ada diskaun kot
Kejam gile statement
Marah nanti penulis novel ni yang juga mek Kelate

Kisah novel ni agak bagus
Pasal kahwin paksa juga tapi agak berlainan
Sebab si lelaki Tengku Amier berkenan dekat si girl Reen
Tapi Reen buat tak layan

Bila Reen memerlukan duit untuk menebus tanah di kampung 
Dia meminjam duit daripada Boss nya iaitu Tengku Amier
Si Tengku Amier membuat syarat dengan mengahwini beliau
Maka nak tak nak terpaksa Reen setuju
Dengan bersyarat juga iaitu perkahwinan mereka dirahsiakan selama 6 bulan

Dalam masa 6 bulan si Amier cuba memikat hati si isteri
Namun ego Reen lebih tinggi dari segalanya
Haris yang tak tau status Reen cuba masuk jarum
Cemburu Amier berapi-api
 2 minggu sebelum tempoh 6 bulan berakhir
Amier minta majlis mereka ditunda 6 bulan lagi
Reen yang mula menyintai si suami dalam diam berasa kecewa
Dan mula menyedari perasaannya terhadap Tengku Amier


Akhirnya Reen dan Amier berterus terang
Mereka menyintai satu sama lain
Dan akhirnya...they live happily ever after.

Thursday, January 16, 2014

Tuesday, January 14, 2014

Makanan Kesukaan Nabi Muhammad s.a.w.




Hari ni birthday Nabi Muhammad s.a.w kita
Apakata kita wish birthday kat baginda
Dengan berselawat banyak2
Dan mengamalkan sunnah baginda

Aku suka makan
Korang pun kan
So kat sini adalah makanan2 yang disukai baginda
Antaranya ialah madu, susu, buah delima, tembikai, 
Buah/minyak zaitun, kismis, kurma, habbatussauda dll

Mengikut Sains pun makanan2 ni sgt baik utk kita
So apakata kita mulakan dengan makanan dulu
Tak susah mana pun kan.

Salam Maulidurrasul 2014....




be happy...


I love happy people
I love smiling and talking to them
They will make your day just by smiling 
Is it too hard to just smile and say hello every morning?

I hate seeing grumpy faces in the morning 
It may 'kill' my day
I have this 'uncomfortable' feeling whenever I see them
I mean, why so serious buddy??
Don't you know I'm afraid of you?
Don't you know children will avoid you with that face?

Please..please put a smiley face
Just smile...........
:)

To: THE woman who hardly smiles...haha


Sunday, January 12, 2014

flower personality..

I did a flower personality test
The qestions are about the dessert I choose,
Which part of the landscape shown draws my attention,
Which color l like best,
Which photo most closely represents the feeling of 
Satisfaction for me,
And the spice I choose for scrambled eggs if I run out of salt.

I answered it all....

The dominant flower that best represent my personality
Is a ROSE!! 

THE ROMANTIC ROSE:
A true romantic at heart, the ROSE trusts her feelings to guide her. She is expressive with her emotions and actions, and openly passionate about what she believes in. Warm-hearted and loving by nature, the feminine charisma of the intense Rose is a powerful magnet that attracts people to her effortlessly.

See..I'm romantic u know.
Most of it suit me very well...:)
I'm Rose after all....

Saturday, January 11, 2014

Just for my students...

credit: wowcover

Happy Studying everyone.
lol.

i should...

 credit: pinterest

My Kak Long and her hubby are going to Hong Kong tomorrow
I am so jealous
I am the type of girl who likes to travel
Even nowadays I don't mind travelling back and forth to my hometown every weekend

But to travel far, everyone needs money
So if you are in my shoes, you know I really have to choose
Between beautiful gorgeous heels/dresses/cosmetics or going to KL
Between a new hand phone/tab/iPad or service/repair my car
Between lots of books or going somewhere

If only...
I don't have to choose..
But this is life.
It is about choices.

So, I don't mind NOT buying things
As long as I can go somewhere.
Really?
Because I love shopping too.
*sigh*

Thursday, January 9, 2014

OOTD, at work...





 Today's Thursday, means we have to wear Batik.
I love Batik.
I like wearing Batik.
In fact I like to wear it everyday if I could.

But...........
The hardest thing about Batik if the ironing process.
So lazy la this woman.
Ihik.







Wednesday, January 8, 2014

the quote...


My favorite quote from the Hunger Games movie.
Just watched The Catching Fire.
Can't wait to watch Mockingjay.


throwback...


 #holiday #family #fun






#pangkor

Tuesday, January 7, 2014

Cek Mek Molek...Ohoiii!!


Cuti sekolah yang lepas, sempat tidur di rumah Kak Long ku
Sempat merasai pengalaman membuat cek mek molek
Sejenis kueh tradisional Kelate yang manisss
My first experience ok!



Ubi keledek dilecek dan digaul bersama tepung, secukupnya.
Ubi banyak kali ini so kami letak ubi lebih sikit.
Bukannya nak jual kan so tak perlu nak jimat2 bagai.


Proses membentuk pun bermula.
Letakkan gula di tengah, kemudian buat bentuk bujur macam dalam gambar di atas.
Tangan iols yang lebar ni menyenangkan proses pembentukan.
Huhu




 Disebabkan aku yang "terlebih" kreatif ni maka berbagai saiz dihasilkan.
Membebel Kak Long bila tengok cek mek saiz gergasi yang aku buat.
Kena kecikkan sikit baru comel kata dia.




Kemudian, proses gorengan bermula.
Goreng sehingga masak. 
Masa ni aku dah tak sabar nak rasa hasil "kerja tangan" aku.



Tak sempat susun elok-elok dah semua berebut nak makan.
Sempat ambik gambar ni je.
Alamak, nape bentuk dia berubah??
Sebab ubi tadi kan lebih, so dia jadi lembik sikit.
Kalau nak bentuk cantik kena lebihkan tepung.

Tapi rasa dia memang superb!!
Aku buat kurang manis, ermm sedap sungguh.
Ini betul2 masuk bakul angkat sendiri.
Tapi kenyataan,,sungguh aku tak tipu.
Biasa resepi aku buat hancur, kali ni menjadi.
Sukanyaaaa!!!!! 
Pandai tak iols?? Haha 

Sunday, January 5, 2014

Suamiku Tak Romantik, Tapi Autistik.



Dah lama sebenarnya aku perasan novel ni kat rak-rak novel di Popular dan SMO.
Tapi sebab tajuk dia macam sengal sangat, aku tak beli.
Kakak ipar aku beli novel ni lalu haruslah aku pinjam.

Tebal woo novel ni, 888 muka surat.
Mengisahkan tentang seorang perempuan anak tunggal.
Bernama Nura Alia yang baru habis pengajian.
Bercinta dengan Syed Azmi yang playboy dan berpura-pura.
Nura Alia cuba dirogolnya.

Untuk membalas dendam, Nura Alia mencari rumah Syed Azmi
Kononnya mencari kerja
Mendapat kerja sebagai babysitter kepada Syed Azwan@Boboy
Abang kepada Syed Azmi yang autistik
Syed Azmi dah sambung belajar kat Sepanyol masa tu.
(Takleh blah anak org kaya sambung belajar kat Sepanyol ihik)

Keluarga Syed Azmi sangat baik
Kejadian2 tak diingini berlaku apabila Syam si Ustaz Gatal 
Cuba menodai Nura Alia tapi diselamatkan oleh Boboy
Last2 Boboy dengan Nura Alia pula ditangkap berkhalwat
 dan seterusnya Boboy kahwin dengan Nura Alia

Ayah Nura Alia dah tau Boboy hanya berlakon 
Boboy rupanya bukan autistik
Dia hanya berlakon untuk lari dari kenyataan
Peristiwa pahit adiknya mati ditikam akibat dari perbuatan jahatnya kepada Kristine
Abang Kristine membalas dendam dengan membunuh adik Syed Azmi&Syed Azwan

Syed Azmi pulang dari Sepanyol, rindukan Nura Alia
Rupa-rupanya wanita yang dipuja dah jadi kakak iparnya
Tetap ingin merebut Nura Alia daripada abang yang dibencinya
Namun Nura Alia dah jatuh cinta pada Boboy
Lia disahkan mengandung hasil dari bulan madu di Pulau Redang
ahaks

Lastly Boboy berterus terang tentang dirinya 
Yang hanya berpura-pura autistik selama 7 tahun gitu.
Haruslah semua marah termasuk Nura Alia.
Tapi kasih sayang melebihi segalanya.
And as you all expected, they live happily ever after....

Penat aku baca novel ni sebab tebal.
Tapi aku suka sebab gaya pnenulisannya padat dan berisi.
Aku tak suka novel yang tebal hanya kerana benda merapu-rapu.
Menerangkan pasal "fakta".
Aku beli novel untuk baca cerita, untuk berangan.
Kalau aku nak baca fakta baik aku Google je.
Ahaks.

Friday, January 3, 2014

my dream bedroom....

girly touch...yummy!

white bedroom..romantic!

colorful bedroom..yippee!!

Can you guess where I get these ideas?
I know you are genius.
Yes, it's from Ikea.




Thinking of painting my bedroom at hometown.
Now it's green.
Bright green.
I think of pastel colors, such as light pink, purple or blue.



Yang Manis..

Baru habiskan buku ni.
Dipinjam dari kakak iparku.
Cover yang kurang menarik, aku suka tengok cover dulu sebelum beli.
You know, I judge the book by its cover.hehe
Kakak ipar aku kata dia beli sebab penulis dia ni yang tulis novel Teduhan Kasih.
Ala, yang jadi drama sebelum ni tu...

Novel ni not bad walaupun gaya penulisan macam cara orang lama.
Novel sekarang penulis2 kebanyakan muda-mudi.
Gaya bahasa pun moden.
Novel ni lain sikit, gaya bahasa dia aku dapat teka agak matang sikit.
Oh no wonder, bila kat belakang sekali memang penulisnya seorang "kakak".

Cerita novel ini agak ringkas.
Mengenai cinta pandang pertama seorang pemuda kampung Raees Hamzah 
dan gadis bandar, Imaniah Sofea si anak Dato'.
Bermula dari terlanggar bahu kemudian "terjumpa" lagi buat kali kedua dan ketiga.
Sehingga kepada watak-watak jahat yang cuba meruntuhkan cinta yang terbina.

Kelainan novel ini bila salah seorang watak antagonis ialah seorang ustazah.
Penuh ilmu di dada namun punya lidah yang berbisa.
Kita biasa jumpa orang yang begini di sekeliling kita sebenarnya.
Berilmu, cerdik pandai tapi bila bab berbicara, langsung tak menimbang baik buruk dan hati orang lain.
Menegur itu baik, namun jangan sampai menyakiti.
Lagi satu pengajaran, setiap kebaikan atau kejahatan yang dilakukan akan terbalas jua.

Novel ini agak bagus sebenarnya cuma komen aku, tajuk dan cover dia haruslah catchy.
:)



Thursday, January 2, 2014

Understanding women..


Found this on Pinterest.
At first I was blur, then laughing non-stop.

This is so hilarious, man.

Wednesday, January 1, 2014

highlights of 2013..


first day...


First day at school ran smoothly. 
Smoothly here means hectic+chaos as usual.
Pemantau came all the way from JPN to see if we teachers do our work or not. 
So everyone of us running here and there to make sure we did our work and met our students on time.
Staff rooms are still full of dusts, renovation is still in progress. 

I get 5 classes this year.
 3 classes for English and 2 classes for ICT. 
Luckily I get better classes this year compared to previous years.
Appointed as the Head of Panel as the previous one appointed as the S/U Akademik
I'm a dead meat,  never be a KP before*sigh*

I left my BIG pencil case at home.
Everything is in there.
I lose myself without my "weapons".
Thinking of going back home tomorrow after school.
:-D




Happy New Year 2014!!!


Now it is already 2014.
Time flies so fast, it waits for no man.
There's no firecrackers here as I live at the rural area*sigh*
My state will start our school tomorrow.
Means I celebrating New Year alone in my house, with a netbook in front of me.
How lame.

2013 was a tough year for me.
It tested me on my faith and my patience.
I learnt how to forgive and forget and move on.
I learnt what was more important and what was not.
I learnt how to make friends and mixed in.
I learnt how to spend my free time wisely.
I learnt how to start anew.
I learnt how to stand up again when I fell.
I learnt that whatever it is, happy or sad I should turn to Allah.
He is the number One for me.
By remembering Him, I'm not alone anymore.
Thank You Allah for giving me what I need, not what I want.
Alhamdulillah for everything.

For 2014, I wish I will have more faith.
I wish to recite Quran everyday, insyaAllah.
I wish I will be a better teacher for my students.
I wish I will do my works efficiently, as the new Head of Panel ;)
I wish to be a better daughter.
I wish to be a better partner. hiks
I wish I will save as much as I can this year.
I wish to pay my PTPTN in full.

OK, I should stop now before the list goes longer.
I should sleep early, right?

So, HAPPY NEW YEAR 2014 everyone.
Love ya!!!