click for fun!!

Wednesday, October 24, 2012

Selamat Hari Raya Korban....

selamat menyambut hari raya aidiladha....
alhamdulillah hari Jumaat ini umat Islam akan menyambut hari raya aidiladha. kat umah aku, biasanya seekor lembu akan ditumbangkan di bawah pokok celagi di tepi rumah. biasanya seekor lembu ini akan dibahagi bahagian antara adik-beradik dan mak aku. tengokla siapa yang mampu akan mengambil lebih dari 1 bahagian.aku?1 bahagian je kot....hehehe

pagi-pagi sebaik pulang dari masjid, kami adik-beradik akan berkumpul di dapur, menyediakan air dan makanan untuk mereka yang datang menyembelih lembu. biasanya mereka terdiri dari Tok Imam, mak n pak sedara, sepupu2 yg riuh rendah dan jiran tetangga. tugas aku? mengacau air batu, mengambil gelas2 dari almari dan menghidangkan air dan makanan di bawah pokok celagi, di atas hamparan.

tapi sebelum tu, acara yg hampir membuat aku hilang jantung ialah menyembelih lembu. uikss saat tok imam letak pisau di leher lembu dan membaca doa, masa tu aku terpaksa berpaling muka. bukan takut....tapi ngeri..huhu

tak sabar nak tengok lembu tu disembelih. dgr kata, kali ni lembu mek yang kedua terakhir akan menjadi korban aidiladha buat tahun ini....:)

No comments: