click for fun!!
Friday, May 14, 2010
kenapa perlu disekat peluang orang lain???
kawan baikku, Beep the Bibopp memberitahu satu peluang yang cukup baik dalam kehidupan aku sekiranya benda itu menjadi nyata. so aku tanpa berlengah terus mengisi borang dengan harapan yang besar. "tentu tiada masalah setakat mahukan pengesahan majikan," fikirku...
Big Boss cuti pula. 2nd Boss or Lady Boss ada. Tanpa berlengah lagi ku tunjukkan borang tersebut dengan muka yang paling manis. tanpa ku duga, beliau bertanyakan mcm2 soalan dengan muka yang kelat. dalam hatiku berkata, "Ya Allah, ada jugak orang mcm ni..kenapa perlu disekat peluang orang lain?"
Beliau berkata akan bagi keputusan nanti, selepas dia bertanyakan seseorang yang lebih arif.
aku hanya memendam geram di dalam hati. aku akui tmpat tersebut agak jauh, tapi aku dah biasa berulang-alik ke tempat yang lebih jauh daripada itu dan semestinya jarak bukan masalah bagiku. tapi bagi seseorang yang tidak tahu memandu dan hanya memerlukan suami dan anaknya untuk bergerak, aku rasa mungkin dia anggap Jarak ialah satu masalah yang paling besar. dan dia memberikan alasan itu sebagai sebab utama dia kononnya "kurang berani" untuk menyokong.
"Ya Allah, ada jugak orang begini.."
sebelum ini sudah ramai guru yang anti kepada dia, tapi aku tak peduli semua itu. aku anggap dia lebih baik dari Lady Boss dulu. tapi sangkaan aku meleset sama sekali. begitu leceh rupanya Lady Boss ini. betapa dia dengan tanpa berfikir panjang enggan menyokong permohonanku yang bukan besar, tidak juga mengganggu jadual sekolahku. "perasaan hasad dengki!" fikirku..
tak hairan beliau ditukar dari sekolah elit ke sekolahku yang teruk ini...
ps: entry ditulis dalam keadaan amarah...excuse my "kasarrrr" words :) tak besooo...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
memang ada ramai org begitu pup dalam dunia fana ini.tp yg penting, kita JGN jd seperti itu.hisy.hasad dengki.nauzubillah.takpe pup, yg penting...kamu sdh dpt approval dr big boss!!yayyyyy.i'll b waiting for u dalin.mwahz.
itu la..yayyy jugak! walaupun semalam amat geram sekali..
Post a Comment