click for fun!!

Friday, May 14, 2010

Hitam si Lembu Tua...


isnin lepas apabila students yang membaca paling banyak (program Nilam) dapat hadiah untuk bulan Mc dan April, tetiba aku teringat kenangan semasa aku berada dalam Darjah Satu. aku suka sangat dengan sebuah buku nie. aku masih ingat sampai sekarang buku itu, tajuknya Hitam si Lembu Tua.

kisahnya macam nie. Hitam ialah seekor lembu kesayangan keluarga pakcik nie. setiap hari tuannya mengambil berat, bercakap2 dengan Hitam. sampai la Hitam dah besar. beberapa tahun kemudian Hitam menjadi tua. satu hari ada seorang lelaki datang ke tempat Hitam dan membelai2 si Hitam. Hitam terdengar tuannya ingin menjualnya kepada orang itu. Hitam sangat sedih apabila terpaksa berpisah dengan tuannya. lebih kurang macam tue la cerita dia.

kelakar bila ingat. setiap kali masa rehat mesti pergi ke library, baca buku tue. siap sorok lagi takut budak2 lain ambik. sampai satu tahap sebab terlalu menjiwai watak, aku menangis bila ingatkan nasib lembu tua yang bernama Hitam itu. ntah hapa2 :)

agaknya buku tue pun dah dilupuskan sekarang :)

p/s: tukar tajuk...supaya tajuk buku n blog sama..nostalgia indah buku nie tau..

No comments: