click for fun!!

Tuesday, August 2, 2011

hometown :)

last weekend aku balik kampung secara koboi,,iaitu dengan melompat naik train dari Jerantut tanpa membeli tiket (kerana tiket dah sold out). Pertama kali naik train dari Jerantut, pertama kali naik train tanpa tiket dan pertama kali travel naik train sorang2. Mula-mula memang terasa nak menangis tetapi setelah berkenalan dengan seorang kakak ni yang juga takde tiket, maka kerisauan aku berkurangan.
tapi aku rasa pengalaman aku ni memang amat perit, kerana terpaksa duduk di tempat barang di hujung coach sebelum menumpang duduk di seat2 kosong yang ada. setelah beberapa kali bertukar tempat maka selepas sampai Gua Musang baru la aku dapat duduk n terlelap dengan lena sehingga aku hampir terlepas stesen. nasib baik ada yang kejutkan aku.
kak la, abe din, pidi bersama kanak2 Kakak, qistina, Afiq n Alisha datang mengambil aku. kereta Persona Kak La menjadi seperti sardin. dan kami la sardin2 itu..bayangkan aku terpaksa menahan badan afiq yang besar itu sepanjang perjalanan sb dia tidur. aduiii....
keesokan hari, pagi2 lagi kami ke pekan Jelawat mencari makanan2 yang dah lama diidamkan dan tak terdapat di luar daerah. aku mencari etak salai yang biasa dijual oleh makcik di laluan masuk ke pasar. wahhh sangat besar sekali etak2 kali ini..puas hati aku dapat memakan etak yang enak ini..
akok yang aku beli kurang lemak mungkin kerana kurang telur. manakala kak la mencari laksam untuk anak2 "burung" di rumah..hehehe


Akok yang dirindui selalu....

Kak La dan laksamnya....

Tempat segala jenis kueh tradisional dijual..juga nasi berlauk..

Ini namanya bahulu..ermm sedap nih..

Kueh2 ni perlu cepat dibeli,,kalu x mesti habis..
Petang hari yang sama, kami sekeluarga mengadakan parti harijadi Qistina yang tempatnya ialah di rumah Kak Ma, kakak yang sulung. Harijadi juga turut meraikan Ayah Su iaitu Yie yang menyambut harijadi pada hari itu..Kek Barbie untuk Qistina manakala aku n kak la memilih kek tiramisu untuk Ayah Su..
Kak Ma turut menjemput anak2 yatim dari rumah sebelah untuk sama meraikan harijadi Qistina n Ayah Su..namun Cik Cu n Ayah Su mcm biasa, agak lembab sedikit maka majlis terpaksa dimulakan tanpa mereka setelah ramai yang mengadu sudah laparrr termasuk aku..hehehe

Qistina meniup lilin harijadinya yang ke-10..

Hari kedua,,aku menemani Kak Na ke al-Rajhi bank untuk mengambil hadiah cabutan bertuah yang dimenanginya.kami semua memang teruja untuk mengetahui apakah hadiah yang bakal dimenangi oleh Kak Na.
Untuk cerita selanjutnya tentang hal yang melucukan ni ,,baca ini...



Pada petang harinya, aku bersama Cik Cu, Ayah Su, Qistina n Kakak ke pantai Melawi untuk mandi manda,. Aku tak mandi kali ini disebabkan hal yang tak dapat dielakkan oleh seorang wanita. Aku hanya menikmati pemandangan indah di tepi pantai. 



Dengkinya tgk budak2 ni mandi manda...

kanak2 mandi manda..

uihhh jelesnyaaa..

Kakak mcm biasa mencari kerang..

Kelapa buruk..

Hasil seni aku yang terindah abad ini..

Kakak lagi...sangat enjoy nampaknya...

Mentari mula berlabuh..

Perkampungan nelayan..

Apa yang paling best bila balik kampung,,sebenarnya ialah bila dapat berjumpa dengan mak n adik beradik yang menyayangi aku....
with the most precious,,,my mum....

dgn Pidzy yg banyak jus..

3 comments:

bibopp said...

best2!yg paling aku suka..etak salai yg besar!!nakkk!

mybena 2011... said...

alamak banyak ct pulok lonihhh deh sejak kakna ajar btulis blog nih.

Unknown said...

beep: hihi my feveret tuh..rahim x makan..rugi!

kakna: hahahahaha iyo la..nak lawan blog kakok...