click for fun!!

Thursday, August 4, 2011

Butter DNA Babi..

Pagi tadi sedang aku bersiap untuk datang ke sekolah, berita pukul 7 pg sedang ditayangkan. terkejut aku apabila terdengar dan melihat pasal mentega yang mempunyai DNA Babi sedangkan pada paket atau bungkusan mentega itu ada tertera logo Halal..Ya Allah,,nasib baik la aku tak pernah beli butter jenama ni..butter ni banyak terdapat di Sarawak. semoga umat Islam akan lebih berhati2 selepas ini..



Di bawah ini adalah keratan berita yang disiarkan pada hari semalam 3/8/2011:


Golden Churn Creamy Butter haram sebab ada DNA babi

KUCHING 3 Ogos - Keputusan mengharamkan penggunaan mentega Golden Churn Creamy Butter oleh umat Islam telah dimuktamadkan selepas ia disahkan mengandungi Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, mesyuarat bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) semalam telah memutuskan bahawa mentega tersebut haram.
''Jadi orang Islam tidak dibenarkan untuk menggunakan mentega Golden Churn di seluruh Malaysia.
''Kita akan mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menarik balik dan menurunkan logo halal yang terdapat pada tin produk itu," katanya selepas menyampaikan bantuan Tabung Baitulmal Sarawak bernilai RM51,286 kepada 35 orang penerima di sini hari ini.
Sebelum ini, timbul kekeliruan apabila Jakim dalam surat kepada pembuat mentega berkenaan yang bertarikh 30 Jun lalu mengesahkan ia tidak mengandungi DNA babi sedangkan MIS dalam kenyataan pada 28 Julai lalu telah mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.
Sehubungan itu, satu mesyuarat bagi membincangkan status mentega Golden Churn Creamy Butter itu berlangsung di sini petang semalam dengan disertai beberapa agensi berkaitan telah mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.
Dalam pada itu, Daud menambah, mentega dari jenama lain masih boleh digunakan sehingga ada keputusan yang dimaklumkan nanti.

2 comments:

arfz said...

normally used in fruit cake recipes.
m'sians need to be careful. ghee should be tested too..

Unknown said...

itu la..im so shocked to hear abt it..tak sangka tul..kek lapis sarawak pun banyak guna butter ni..