semalam aku baru tiba dari kampung. sebelum balik kampung hari tu, paip depan umah aku rosak. air menyembur2 keluar. masa kejadian aku tak ada di rumah. mungkin jiran aku yang baik hati perasan lalu menutup meter air dengan segera. terima kasih jiran sejatiku :)
episod semalam episod lain pulak. sampai je di rumah, aku buka kunci mangga. angkut barang2 masuk rumah dulu. perkara pertama mestila buka kipas. dahla semalam cuaca panas, baju aku dah lencun dek peluh. sekali kipas diam x berpusing. hati mula panas. ku belek2 bil elektrik. setahu aku, aku dah bayar bila notis kuning sampai 17hb lepas. biasala, bil x sampai rm30 pun sebulan sbb tu malas nak bayar sikit2. hehe
otak mula berfikir ligat. nasib baik dah sembahyang asar dalam perjalanan tadi.
apa2 pun, kena mandi dlu. lantas aku menjadi mcgyver alaf baru. aku repair paip sendiri walaupun utk sementara sahaja. memenuhkan 2 tong besar dalam bilik air. lega bila mandi walaupun terpaksa membersihkan tong biru daripada bangkai tikus gemuk. mungkin semasa ketiadaan aku mereka berpesta sakan sehinggalah seekor daripadanya tergelincir msuk tong air, seekor lagi terkena gam tikus. aku menang 2-0 kali ni :)
selepas mandi tak sampai 5 minit, aku mulai panas semula. maklumlah lemak yang mebaluti tubuhku bukan calang2. made in kelantan ada, made in terengganu ada, made in johor ada, made in pahang pun ada. huhu
aku whatsapp kaklong aku, seorang kakitangan TNB. bertanyakan apa yg patut aku buat. dia suruh aku bayar ikut maybank2u dan ambil no.resit, lepas tu call 15454. talian ini sangat efektif. aku dail terus dapat, tekan 1, tekan 2, cakap ngan operator bahagian gangguan. dia sambungkan aku bhgn pemotongan lak, bila check, bil aku dah bayar. takde masalah kena potong. so kembali ke bhgn gangguan, operator tu suruh aku check main suis. bila aku check, oh my!!!!malunya aku....tertebeng OFF kat situ. so aku ckp terima kasih cpt2 kat operator itu. terus aku ON, dan semuanya berfungsi seperti biasa. fuhhhh,,, seperti air terjun menuruni tubuh bila panas. kenapa la x terfikir nak check kat situ dlu. maybe masa hujan lebat benda tu reject, dlm bhsa kelate "jettak" haha
fuhh,, bersyukur kpd Ilahi, kalau x xtau nak menumpang rumah kwn yg mana mlm ni. hehe malu kat operator TNB sbb kecoh x tentu psl ihik
No comments:
Post a Comment