click for fun!!

Sunday, April 7, 2013

merawat sunburn...

ewah...dah macam artikel majalah RAPI dah tajuk aku...hehe nak buat camane, kulit muka dan tangan aku terbakar dengan teruknya dijilat mentari bila berfoya-foya di Pulau Perhentian minggu lepas. memang bila muka dah gelap, aku rasa dunia mula menjadi suram. dahla kurang comel, hitam pulak tu...sero atiiii laaaaa.......haha
maka apabila dibelek2 muka aku, rasanya bolehla dirawat dengan segera sebelum prince charming terserempak dengan aku tetiba terkejut melihat si Itik Buruk Rupa. terus dia lari.hehe
Langkah Pertama:
Haruslah aku mengitar semula ataupun menghimpunkan semua produk2 kecantikan yang telah aku anaktirikan sebelum ni. so bila dibilang2, ada bedak sejuk cair, bedak sejuk bjik2, krim Safi Rania Gold, Garnier, Cosway Total Pureness, Fair&Lovely (produk wajib ada walupun jarang dipakai, klu dipakai secara berterusan mmg kulit jd cerah sikit), Total Effect, Olay Regenerist serum, dan.........resipi rahsia ye puan2::::::pure marine collagen. juga masker2 pelbagai jenama.hehe
Langkah Kedua:
harusla pakai scrub dlu. lepas tu pakai masker. kalau boleh biar la ada perkataan "whitening" kat depan. aku mmg taksub dengan whitening product: mangsa iklan sungguh.huhu lepas dh basuh masker tu, aku pakai pure marine collagen yg aku dh masak dan sejukkan dalam peti sejuk. pakai PMC lak sebagai masker. pehhh mmg segar gila kulit muka.
Langkah Ketiga:
pakai krim mlm.kalau rajin aku ingat aku akan pakai krim. tapi nampaknya kulit muka aku dah nampak ok sikit. dah kurang sunburn kat muka. yessss suke, suke.. so aku skip langkah ketiga ni dan biarkan kulit muka aku bernafas dengan enaknya mlm ni.....


muka sebelum terkena panahan mentari....
s.u.n.b.u.r.n....uwaaaa!!!

harapnya kulit akan kembali normal selepas ini.....insyaallah.....

No comments: