click for fun!!

Sunday, February 24, 2013

nama pendek VS nama panjang..


taken from mr google!


Salam and good morning semua. Hari ni cik ros nak membebel pasal trend nama panjang yang banyak diamalkan oleh ibubapa zaman sekarang. Malam tadi cik ros up status kat FB pasal pendapat kenapa parents sekarang suka letak nama anak panjang2. Sebab nya cik ros penat tangan nak menulis nama students kat sekolah cik ros mengajar ni, semalam ada mesyuarat PIBG. cik ros kena bahagian pendaftaran. Sekolah ni pulak students nya ada la dlm 1500 org. So boleh bayangkan tak kalau sorang student nama 4 suku kata, cth Che Muhammad Adli Amirul bin Che Hussin. Itu baru 1, yang pmpn lak nama Siti Nur Shahira Shuhada bt Mohamad Rosli. Tak muat space nak tulis dan lenguhnya tangan tak payah nak cakap. Parents lak serbu skali gus n nak cepat je. Can u imagine??

Ramai jgk la yang komen status cik ros. Memula sekali my bff Mc Chick. Dia cool sb dia n hubby antara parents moden yang sukakan nama ringkas, anak2 comel diorang dinamakan Yasmeen dan Fatima. Sangat cool kan. Makna pun elok. Boleh panggil nama penuh lagi. Tetiba datang komen sorang kawan sekolah lama yang nampaknya "terasa" sebab anak2 dia diletakkan dengan nama panjang. Dia kata sbb makna elok dan anak tak penat pun nak tulis nama diorang panjang2. Are u sure about that??? Cuba suruh anak dia tulis nama penuh 5x, merungut tak..Tunggu anak2 besar dulu ye nak cakap pun. Even my name pun, aku anak ke 6 so mek dan abah dah habis idea kot so kak long yang bg nama. Sampai sekarang i still merengek kat mak n kakak kenapa bagi nama i sangat susah nak disebut dan tak ada makna. Oh walaupun hanya 11 huruf tapi bila tulis borang banyak2 sangat tak cool.

Ok, berbalik kat kwn aku yang hot td, dia kata nama panjang makna baik. Nama pendek pun makna elok jgk cik kak oi. Lupa nak tanya dia, dia panggil anak dengan panggilan apa n apa maksud nama "glemer" anak tu. Kebanyakan parents nama penuh anak dua tiga depa tp sedihnya bila dipanggil gelaran plg pendek dan klu x dikaji elok2, makna gelaran pendek tu sangatlah tidak elok. Dia mcm perli cik ros suruh letak abjad je untuk nama anak, si "A", si "B". . Ish niat kita yang suci diperli2 lak. 

Memang tak salah nak letak nama anak panjang2 tapi tolong fikir untuk jangka masa panjang. Banyak buruk nya bila nak tulis nama and then space or kotak tak cukup, ambil masa lama nak tulis especially dlm exam dll. Memang ramai yang akan bangkang apa yang aku tulis ni, tapi untuk jangka masa panjang hidup anak anda, tolong la ringkaskan sikit nama penuh bakal anak2 anda nt. 


OK.PEACE, NO WAR!! :)

No comments: