Adakah anda pernah berhadapan dengan situasi ini:
1)Anda beria-ria meluahkan isi hati anda terhadap si dia namun si dia dengan penuh perasaan menjerit, "GOL!!" Tengah main Fifa'09 rupanya...
-=gambar dari topnews.in=-
2)Anda menceritakan dengan penuh perasaan tentang perancangan anda namun si dia hanya menjawab "Ya..Ya.." dan mengangguk sahaja..sambil badannya ke kiri dan ke kanan mengasak gol lawan.
3)Anda dengan penuh bergaya menggoda si dia dengan mengusap dan memeluk bahunya namun tiada reaksi ataupun gerakbalas positif dari makhluk tersebut..hanya memek muka yang teruja,,bukan dengan anda tapi dengan permainan di PC tersebut.
4)Anda duduk di sebelahnya selama berjam-jam namun hanya 3 patah perkataan sahaja yang keluar dari mulutnya iaitu, "Tolong ambil itu.." dengan menjuihkan mulutnya menunjuk ke arah pencungkil gigi.
5)Anda bertanyakan tentang perancangan untuk hari esok namun dimarahi kerana mengacaunya bermain game!
Jika anda menjawab Ya bagi sebahagian situasi di atas, hanya 1 jalan penyelesaian yang patut anda ambil. Padamkan game tersebut dari PC/laptop si dia. Atau yang lebih efektif dan berkesan ialah dengan meletakkan Virus secara berleluasa ke dalam Pc tersebut!!
Sesungguhnya Pc Game memang berhantu dan membuat orang addicted!
2 comments:
itu permainan kegemaran saya
sangat melekakan bermain permainan tersebut..
Post a Comment