click for fun!!

Friday, September 27, 2013

update...


Salam...sedar tak sedar, lama dah blog ni terbiar. Sibuk sangat sejak akhir-akhir ni. Sibuk buat apa? Budak-budak Tingkatan 5 baru habis Peperiksaan Percubaan SPM. Aku lak sibuk la dengan marking. Lama jugak nak marking paper diorang terutama kelas yang ok sikit. Kelas-kelas belakang juga tak berapa menghampakan bila mereka ada usaha untuk menulis karangan walaupun aku sedar keupayaan mereka sangat terhad.
Setelah seminggu lebih menanda, kelas tengah aku 5KE2, hanya 6 orang yang gagal. Alhamdulillah. Sebelum ni ramai juga yang gagal. Awal tahun 2013 aku ambil kelas diorang, hampir semua gagal. Mungkin juga peperiksaan tahun lepas susah sikit ataupun mereka masih lagi dalam mood "honeymoon". 6 orang yang gagal, seorang je perempuan. Aku maafkan dia walaupun gagal, markah dia meningkat dari peperiksaan pertengahan tahun. huhu
2 kelas lagi juga meningkat sikit, 5 MPV 4 orang lulus. Sebelum ni sorang je. Kelas anak2 aku 5 PS (aku guru kelas), juga meningkat sikit. 3 orang lulus, sebelum ni sorang je. Memang tahap BI kat sini sangat teruk, you know, rural area. Nasib baik tak dapat elaun susah hidup je kat sini. (Bulan lepas tetiba ade elaun susah hidup dalam slip gaji, kerani tersilap n tertukar dengan elaun mengajar BI, dah kena pulang balik..huhu)

Oh, dah macam mesyuarat post mortem Percubaan SPM lak aku kat sini. Tadi penat meeting, dahla air takde kat sekolah. Nak terkucil ditahan2..Tak patut betul. Ok, dah melalut.

SPM dah dekat sangat ni. Otak pun makin ligat berfikir nak buat ulangkaji dengan mereka, bagi menolong UPkan BI mereka2 kat sini. Dalam doa pun dititipkan doa buat mereka agar terang hati. Walaupun ramai lagi calon yang memang tak menghargai masa yang mereka ada. Aku selalu nasihat jangan sampai menyesal di kemudian hari. Tapi budak2 ni mcm biasa, mana la nak dengar. Nanti dah susah nak dapat kerja baru la menyesal taknak belajar betul2. Aku dah mcm nenek tua bagi nasihat kat budak2. huhu

Oh, esok dah Khamis. Tak sabar nak balik kampung. Rindu mek, rindu anak2 buah n adik beradik. Sedih sebab adik bongsu (geng) dah kerja n duduk jauh nun di KL sana. Lama dah rasa x jumpa. huhu

ps: skrg balik sekolah je sibuk main game. berhantu betul game kat laptop aku ni.

Friday, September 6, 2013

Syawal 2013....

Salam semua...
Jangan gelakkan aku. Aku tau aku dah sangat ketinggalan. Untuk cover line, ayat aku mcm ni. "Sengaja update lambat sempena hari2 terakhir Syawal...." hehe
Syawal tahun ni tema baju keluarga aku "Merah Pulasan." Korang tau enggak buah pulasan tu apa? Buah yang seakan-akan rambutan tapi bulunya lagi keras.Oleh sebab aku dah lama tak jumpa buah pulasan, maka warna baju raya aku lain sikit. Marah betul si penentu warna raya tahun ni, abe ku si Palli. huhu Nasib baik aku ada baju lain yang kaler dia merah ala2 pulasan. Bolehla dipakai utk bergambar.
Raya tahun ni aku kena jaga Daniel coz Kak Na bersama Kak Su memenangi percutian ke China tajaan Seng Heng. So aku tak bebas sangat ke sana sini sebab Daniel kena cirit-birit. Pengalaman beraya bersama "anak", walaupun penat tapi amat meriah. Patutla parents yang ada anak rasa lebih excited utk pergi beraya. Baru aku tau perasaan itu... Bila lah nak ada baby ni? :)


ehem....yours truly yang kontrol ayu hehek (baju yang kaler salah tema)
Ohana means family :)


Bergambar di tangga kerana kepanasan, blackout sejam lebih di hari raya.

Ada "hantu jerangkung" atas bahu aku hehek

Fatin anak saudara yang dah slim giler,,,aku?bila la nak slim....