aku dah makin bosan memandu dengan kereta manual.sakit kaki kiri aku memijak clutch..ada 2 pilihan skrg ni..patutkah aku menolak Gen2 dan terus mengambil kereta lain yg auto?semestinya memerlukan duit yg banyak. ataupun pilihan lagi 1: ada org menawarkan kereta dengan harga sangat murah,kereta kancil@kelisa auto. murah kat sini adalah kurang dr 5k. menggunakan kereta kecik untuk setahun n then saving untuk beli mpv sblm raya tahun depan??
patut pilih yg mana???
click for fun!!
Thursday, September 29, 2011
Tuesday, September 27, 2011
1st Coach...
beli wallet Coach ini minggu lepas. seorang kawan satu tempat kerja berbangsa Cina mengirim 1 handbag dan wallet Coach kepada makciknya yang tinggal di US, untuk adiknya. dia menggunakan duitnya dahulu untuk membayar kepada makciknya itu. tapi adik beliau tidak bkenan dengan kedua-dua handbag dan wallet.
aku selalu berbual dengan kawan Cina ni berkenaan jenama Coach sebab aku nampak handbag2 dia sangat cantik. dan ORIGINAL. so aku tanya la..lama-lama kami jadi baik sebab Coach. aku sekadar menanya je sebab dalam hati,,"ntah bila la aku nak dapat miliki jenama ni"..
so aku orang pertama yang dia tanya sama ada berminat ke x untuk beli..aku aim untuk handbag tapi handbag tu tak menepati citarasa aku..bila dia tunjukkan wallet tu..wow..cantiknya..aku terus grab...sementelah harganya 1/3 daripada harga yang dijual kat M'sia ni..
nak tgk wallet tu?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
. .
.
.
.
.
.
bila dah ada, rasa sayang pulak nak guna. takut kotor.bleh ke mcm tu?huhu
Monday, September 26, 2011
Nama-nama Jepun...
Yang pemarah- KEIJI CACIMAKI
Yang suke bjimat- SAYORI SUKAMURA
Yang bisu- KIETA TADASORA
Yang suka mkn nasi- NANACHI KASIBANYA
Yang suka lyn blues- APO NADIKATO
Yang suka belajar- ASHIKO ULANGKAJU
Yang kerap bikin kacau- WAKASI HURUHARA
Yang sangat kdekut- MATIMATI TAMOKASI
Yang suka sgt tidur- ICHIBAN TIDOMATI
Yang suka mengintai- HINTAI AKOSUKA
Yang tua-TARAGIGI PADANMUKA
Yang kne tinggal bini- SUSAHATI BINILARI
Yang suke merempit- SAJA CARIMATI
Yang lembab- AYUMI SIPUTBABI
taken from: http://jejariruncing.blogspot.com/
Thursday, September 22, 2011
tutti fruitti..
tetiba teringat akan kesedapan frozen yogurt di Tutti Fruitti. Cuti raya yang lepas sempat round satu Pengkalan Chepa untuk cari kedai TF yang baru dibuka. rupanya nun tersorok di depan Taman Tengku Anis. memang sedap sangat walaupun harganya agak mahal bagi aku. tapi hari tu Kak La dan Abg Din yang belanja...
ermm kalau kat Jerantut ni mimpi dulu la nak makan...bila la agaknya nak ada cawangan kat sini...kat Kuantan aku dengar baru dibuka...jom ke sana...
Tutti Frutti Kuantan
puncak yang paling tinggi tu saya punya!!hehe |
terbayang kesedapan... |
5 cup ni harga semua RM 101.50...nasib org belanja ;p |
tercapai jugak hasrat Kakak n Adik nak makan tutti fruitti ni.. |
Tutti Frutti Kuantan
Wednesday, September 21, 2011
splashhh!!!!!!
Dah cukup setahun sejak kali terakhir kami pergi berenang. Kalau di daerah ni kat mana lagi kalau bukan kat swimming pool Jerantut Hill Resort. Ada seorang pakcik dan seorang kanak-kanak je yang sedang berenang bila kami sampai kat situ. Memang swimming pool tu kami yang punya la...:p
puas berenang makan dlu... |
lengang je... |
geram nak gelongsor kat situ tapi takut runtuh plak..huhu |
aksi balak hanyut..kekeke |
ni mandi manda bukan berenang..kekeke |
huhu |
pakai cap tapi rerambut lak kuar... |
Monday, September 19, 2011
perubahan....
banyak perubahan positif yang aku nampak setelah pulang dari cuti raya. alhamdulillah setakat ini kami suami isteri tidak lagi "panas" seperti dulu. kami berdua cuba ubah diri masing-masing ke arah yang lebih baik. suami mula menunjukkan perubahan sikap yang positif. dan aku cuba untuk berhati2 memilih perkataan untuk bercakap supaya tidak kasar kedengaran di telinganya.
rumah juga semakin kemas. aku ajak students ke rumahku.nampaknya ramai yang sukarela datang menolong aku menyusun atur kedudukan perabot dan mengemas sekeliling rumah. nampak semakin luas dan kemas.juga makin sejuk mata memandang...
satu benda lagi yang aku harap akan dimakbulkan...anak...aku suka sangat kat baby...setiap kali lepas solat akan aku doa minta supaya aku berkesempatan untuk menjadi seorang ibu,,,amin....
rumah juga semakin kemas. aku ajak students ke rumahku.nampaknya ramai yang sukarela datang menolong aku menyusun atur kedudukan perabot dan mengemas sekeliling rumah. nampak semakin luas dan kemas.juga makin sejuk mata memandang...
Subscribe to:
Posts (Atom)