click for fun!!

Wednesday, July 6, 2011

ceritera cinta...

hobi atau tabiat lama aku kini kembali,,iaitu......trenggg baca novel!!sebenarnya hobi ni dah lama ada dalam darah daging aku,memang aku suka membaca.sampaikan laki aku tension sebab selalu berebut majalah atau paper dengan dia.novel memang la dia tak minat.tak rela aku ada laki yang sibuk membaca novel cinta.
biasanya aku hanya membeli novel nukilan Norhayati Berahim sebab gaya n bahasa dia juga jalan cerita novel dia lain dari yang lain.aku respect dia sebab dia pandai berimaginasi dan membayangkan sesuatu dengan begitu detail. ni antara novel dia yang aku dah beli:









hanya 4 biji ni yang aku beli.tapi hampir semua novel NB aku dah baca.satu2nya kakak ipar aku, walaupun dia berbangsa Cina (mualaf), hobi baca novel melayu mengalahkan aku.ada 1 almari novel dia.so sebelum aku beli novel mana2,aku akan tanya dia dulu dah beli belum novel tu.nanti rugi kalau beli yang sama.
so skrg ni, kalau tak ikut laki aku pegi meniaga, aku akan lepak atas katil, memanjakan diri dengan novel2 cinta.sekarang ni hanya novel alaf21 yang aku jumpa kat kedai buku di daerah terpencil ni..
dan yang lagi best, aku ada anak murid yang mempunyai hobi yang sama.walaupun baru tingkatan 4, koleksi novel dia yang dikumpul dari tingkatan 1 mengalahkan koleksi aku.dan dia tak kedekut untuk bengkongsi dengan aku.
so, skrg if ada jiran yang tanya kenapa aku tak keluar2 dari rumah maka aku senyum je,,jawab "panas kak,,saya tak tahan panas kat luar". dia tak tahu aku bergolek2 di atas katil dengan novel di tangan..
yang paling tension tentunya laki aku.bila aku soksek nangis bila baca bab sedih, dia akan mula mendekati n menyuruh aku menatap wajah dia so dia boleh tgk muka buruk aku yang nangis bila baca novel cinta..pastu mula la dia ejek2..
nasib baik dia tak penah halang aku untuk beli novel2, sebab dia tahu benar hobi aku yang 1 tu..kalau dihalang dia tahu jawapan aku, "kalau nak dibandingkan novel ni dengan rokok awak tu, saya rasa novel ni takkan mengancam nyawa n kesihatan saya". kuikuikui..
so petang ni,balik dari sekolah, setelah mandi,smyg,makan,saya akan mula membelek novel yang belum habis dibaca..biarlah orang nak kata apa, yang pasti kepuasan membaca novel tu takkan dapat diucapkan dengan kata2.hanya yang sehati sejiwa je yang memahami...hehehe

2 comments:

Syeida Alli said...

same la papi.. me love to read novel too but now masa dh dicuri oleh baby.. got many unread novels on the shelf.. if only the books can speak and read me the story..

Unknown said...

huhu itu la cu,,time sebelum ada baby ni la nak habiskan masa dengan hobi sendiri...tapi kalo ada baby lagi best kan...