click for fun!!
Tuesday, June 14, 2011
2 minggu yang bermakna...
cuti sekolah yang paling bermakna bagi aku.kenapa?sebab selama 2 minggu aku bercuti di kampung..betapa lamanya aku tak balik kampung sebegini panjang.disebabkan ingin menghantar mak ke Mekah untuk umrah, menghadiri kenduri kawan baik, iaitu Kak Ruhaizan pada minggu pertama dan persiapan perkahwinan abang Rahim pada minggu kedua, maka kami mengambil keputusan untuk membawa balik van merah dan berniaga di kampung.
minggu pertama kami meniaga di expo dekat Mydin Kubang Kerian.pertama kali aku meniaga di Kelantan, rasa amat seronok sekali.dapat berbahasa Kelantan dengan bebasnya,,hihihi..
minggu kedua aku berkampung di rumah mertua, di Machang untuk perkahwinan abang sulung Rahim.
bila tiba masa untuk balik ke Jerantut, aku rasa masih tak puas bercuti di kampung..harapan aku hujung tahun ini kami dapat bercuti lagi di kampung.
bersama Kak Ruhaizan.
suamiku yang jadi pak supir..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment