musim cuti sekolah yang panjang,,sesuatu yang amat ditunggu2 oleh semua warga sekolah.termasuklah aku yang telah dan sedang ditakdirkan menjadi guru :)
minggu pertama umpama syurga, begitu juga minggu kedua.masuk saja minggu ketiga, aku sudah tidak keruan.kenapa?aku tidak betah hanya berada di rumah..sekarang aku mencuri masa datang ke cc di simpang tiga ini semata2 untuk mengInternetkan diri aku.bukan aku kedekut untuk melanggan broadband, tapi kedua2 tempat yang aku tinggal (kampung aku n tempat kerja aku) tidak mempunyai 3G yakni kurang berguna lah sekiranya aku melanggan bendalah itu..baik aku cari cc, lagi cepat kelajuannya..
aktiviti aku yang abadi sejak berada di kampung ini selain daripada menonton cd2 Korea yang adik aku sedekahkan, ialah dengan berjalan2 di pantai..tidak lain tidak bukan ialah (jeng jeng jeng)...Pantai Irama, Bachok..(promote nih)
No comments:
Post a Comment