click for fun!!

Friday, March 14, 2014

Novel Roti Cicah Susu..


Baru habiskan novel yang bertajuk comel ni sejam yang lepas
Memula aku mengutuk jugaklah tajuk novel ni
Macam dah takde nama lain nak bagi
Maklumlah kan manusia biasa ni memang gelojoh
Tanpa membelek pun dah bagi komen berbisa

Cerita ni mengisahkan tentang 4 sekawan
Elmiyya, Umairah, Arissa dan Aiman
Yang dibesarkan di rumah kebajikan
Dah macam adik beradik
Kemudian mereka terpisah disebabkan Geng Tengkorak
Aduh, nama geng tak boleh blah
Sabar je la
Hahaha


Cerita ni banyak watak
Aku memang tak suka sangat kalau novel banyak watak
Tapi novel ni lain
Kisahnya ada kelainan daripada novel lain
yang sampai sekarang masih nak tulis tentang kahwin paksa
Sudah-sudahla tu..
Bosan dah asyik baca cerita sama
Cuma nama watak dan persekitaran berbeza

Novel ni sangat menyentuh hati aku
Kudos buat penulisnya Liza Nur
Takde plak gambar dan biodata
Bijak betul penulis novel ni
Banyak pulak pujian aku 
Hehe

Pengajaran dia, jgn terlibat dengan Geng Tengkorak
Haha
Pastu sayangi adik-beradik kita
Jangan biarkan orang sakiti adik-beradik kita
Termasuklah kawan-kawan baik kita

ps: bosan pulak hari ni...baca next novel pulak la :)

Thursday, March 13, 2014

malam jumaat...


Selamat Mengharungi Malam Jumaat.
Jangan lupa "bunuh" orang kafir malam ni :)
haha
ps: saje nak hilangkan stress.gurau jeee ;p

Wednesday, March 12, 2014

Bukan Isteri Simpanan...err aku ke?


Dah lama aku tak baca novel
Akhirnya berjaya menghabiskan novel ni kelmarin
Cantik kan cover dia
Patutlah dalam masa sebulan je dah diulang cetak

Novel ni agak cliche ceritanya
Kisah tentang Dania, si heroin jelita
Yang pandai memasak
Diminati oleh Khaliff yang mempunyai seorang abang bernama Affiff
Khaliff dan Affiff adik beradik berlainan ibu
Ibu Affiff Maimun sangat bencikan Khaliff
Dia nak jodohkan si Affiff dengan Dania
Khaliff lak terpaksa merelakan demi hubungan kekeluargaan

Nak dijadikan cerita si Affiff rupanya seorang 'gay'
Dania lak redha je berkahwin dengan Affiff sebab dia memang cintakan Affiff
Khaliff lak dia sayang tapi tak cinta
Akhirnya Dania berkahwin juga dengan Affiff
Dan cita-citanya ingin menjadi isteri solehah
Konflik demi konflik terjadi bila Affiff tak dapat menunaikan tanggungjawab
 sebagai seorang suami kepada Dania
Dania tetap setia walaupun dilayan secara kasar

Klimaks cerita ini ialah apabila Dania dan Khaliff diculik
Dan mereka ditemui di atas katil tanpa seurat benang oleh Affiff dan Maimun
Dania mendapati dirinya dirogol apabila ada kesan pada cadar
Dania dicerai talak 3 oleh Affiff
Khaliff yang jadi mangsa keadaan bersedia mengahwini Dania
Dania yang mula menyedari dirinya mengandung, mengahwini Khaliff
Affiff pula gila talak
Akhirnya dia kemalangan dan hampir menjadi cacat 
Bertaubat la dia atas dosa-dosa selama ini

Panjang jugak novel ni
Penat aku nak cerita hehe
Dania keguguran akhirnya selepas 'tertengok' adegan sumbang Affiff dengan pasangan 'gay' dia
Khaliff yang dah bahagia bersama Dania
Menghidap sakit kanser paru-paru pulak
Dia terpaksa menipu Dania untuk taknak bagi Dania sedih
Menceraikan Dania 
Pastu menyesal lak
Banyak tul adegan cerai-berai dalam novel ni
Konfius aku huhu

Akhirnya sebelum Khaliff meninggal dia nak tengok Affiff mengahwini Dania
Sebab dia tau Affiff masih menyintai Dania
Dania pula tak rela berkahwin dengan Affiff sebab masih sedih dengan kehilangan Khaliff
Affiff sabar kerana dia sangat cintakan Dania

Penghabisan cerita korang teka la sendiri
hehehe
Mesti la happy ending kan
Akhirnya Dania dapat menerima Affiff dan last cerita tu dia mengandung
Jeles lak kite..ihik

Cerita ni buat aku termenung kejap
Antara SAYANG dan CINTA
Dua perkara yang hampir sama tapi berbeza
Apabila kita sayangkan seseorang, kita suka dia ada bersama kita
Tapi bila kita cintakan seseorang, hati kita berbunga-bunga hanya dengan melihat dia
Berdebar-debar rasanya kalau berjumpa
Bila nak berpisah memang rasa nak nangis
Korang yang dah jatuh cinta mesti faham apa yang aku cakapkan ni
Tapi dengan orang yang hanya kita sayang tapi tak cinta, perasaan tu biasa-biasa saja
Kalau berjumpa pun tak berdebar-debar
Hati biasa je

So, pengajaran dari kisah ini
Hargailah perasaan cinta yang kita ada
Peliharalah ia dengan ikatan yang halal
Dan semailah agar perasaan tu selalu segar mewangi
insyaAllah........

Tuesday, March 4, 2014

Hari-hari yang Panas Membakar...




Sekarang ini musim panas
Matahari terik sepanjang masa
Suhu aku tak pasti berapa darjah
Tapi dapat aku katakan aku suka mendobi sekarang
Cepat je kering baju-baju dan cadar+ kain selimut 

Tapi panasnya memang membara
Aku memang tak tahan
Tak rela menghitamkan kulitku ini
Auwww mengada sungguh

Tapi minggu lepas, sekolah aku mengadakan Kem Pencarian Bakat Olahraga
a.k.a Hari Sukan Sekolah
Aku kena bahagian Sijil lagi tapi bukan ketua
Tahun ini aku rileks sikit sebab Ketua Sijil aku sangat komited orangnya
Semua sudah siap cuma tinggal nak bagi je

Kami kena berkampung di bawah khemah utama
Panasnya Ya Allah 
Walaupun teduh tapi bahangnya tetap terkena
Sehabis daya aku cuba mengelakkan mentari
Namun pancaran UV tetap menggelapkan kulitku

Sekarang mukaku berbelang
Sudah pun 'sunburn' dengan teruknya
Pelbagai cara aku cuba rawati
Tapi setakat ni belum berjaya
Students ku juga ramai yang dah menegur
Kenapa mukaku makin gelap 
Aduhh 

Korang ada produk kecantikan yang berkesan tak?
But please no mercury......huh!