click for fun!!

Thursday, November 17, 2011

tragedi 11.11.11

Tajuk sama seperti tajuk muka depan Kosmo hari Sabtu lepas. tragedi bagi keluarga kami apabila salah seorang yang parah dalam tragedi perlanggaran antara bas membawa guru dan pelajar2 smk air merah,kulim,kedah dan treller pasir di lebuhraya berdekatan Behrang adalah kakak aku, Rosilawati Mat Rifin.

masih aku ingat lagi hari raya haji 2 mggu lepas, Kak La (panggilan aku kepadanya) memberitahu kami sekeluarga ddn gembiranya dia akan mengiringi bebudak sekolah dia membuat lawatan ke Genting Highlands n Kuala Lumpur. malam sebelum kejadian Kak La bagitau kat FB yang dia dgn anak saudara aku, Qistina akan bertolak pada tgh malam dgn bas untuk pergi lawatan tersebut.
pagi itu.......
aku mendapat panggilan daripada kakak sulung, Rosmaniah dan kakak ke-4 aku, Rosni Haida. terkejut n lemah lutut aku bila mendapat tahu Kak La kemalangan dan cedera parah. nasib baik Qistina cuma calar2 kecil dan kepala benjol sikit.
aku mintak dengan En. Ramli, Pengetua untuk excuse mesyuarat guru kali terakhir untuk ke sana. setelah mengisi borang kebenaran keluar aku balik bkemas dan terus menuju ke Teluk Intan dengan serta--merta.

 setelah mendengar cerita sebenar aku bsyukur sgt kerana Kak La masih selamat. bayangkan bas yang seberat berapa tan tu menimpa Kak La dari pinggang ke bawah. dan tgn kiri dia tersepit di bawah badannya. selama lebih kurg 1 jam baru bomba sampai.
aku juga menitik air mata bila Kak La cerita anak buah aku berteriak "Allahu Akbar!!" dan mengajar uminya   mengucap apabila dia melihat uminya tersepit di bawah bas.tak dapat aku bayangkan perasaan anak buah aku masa tu.
esoknya 3 paper menyiarkan tragedi ini di muka depan iaitu Harian Metro, Kosmo n Utusan Malaysia.

esok,insyaallah aku akan ke sana lepas sekolah.....

PAHA PATAH KEDUA2, KAKI KANAN PATAH 3, BAHU PATAH.



ABG IPAR YANG SETIA MENJAGA KAK LA YG SAKIT...

ADIK YG MENANGIS LAGI KUAT DRP KAK LA BILA KAK LA M'JERIT SAKIT..

NGERI...CIAN KAK LA..

TAK SANGGUP NAK TGK..



ADIK DAN KAKAK...KESIAN 2 ORG NI UMI DIORG SAKIT...

2 comments:

Syeida Alli said...

hok ore tok pehe nyo bakpo tolok tengoh malam sebab dalam pekeliling dah nyatakan waktu2 tertentu utk bertolak kalu nok wak rombongan. pengetua sepatutnye kene alert nge benda mace ni xleh lepas pandang sebab nati bila jadi kejadian lagu ni mano kita nak cari ganti nyawa2 hok melayang.. i cant imagine myself being in kak la's boat.. segho mace pahni malas nok terlibat nge gapo2 rombongan skoloh mahu pun menghantar students ke mana2 program

Unknown said...

itu la psl..agak menjadi persoalan gak..herm malang x berbau..:(