click for fun!!

Thursday, March 26, 2009

musim orang kawin..

satu minggu cuti pertengahan semester telahpun berlalu..apa yang pasti, banyak sungguh undangan perkahwinan yang sampai ke pintu rumahku di kampung..yang sampai ke pejabat sekolah aku tak payah cakap la..
dalam masa seminggu itu aktiviti aku bersama ibuku banyak dihabiskan di rumah orang kahwin..ada pelbagai tema warna, yang paling banyak aku nampak ialah warna Gold. baik di pelamin mahupun di tubuh pengantin..
dalam banyak-banyak warna kali ini tak pulak aku nampak warna kegemaran aku iaitu putih dan merah..ataupun orang dah jelak dengan warna tu?
ermm..semua tue tak penting..yang penting sekarang ialah, makin banyak pertanyaaan yang sampai di telingaku "bila lagi??" aku hanya tersenyum manis sambil menelan pahit di dada..
aku masih muda!!!aku cuba menegaskan itu..aku ada misi..


=perjalanan ke rumah orang kawin=

No comments: