-=my new school=-
Assalamualaikum semua..hujung minggu di negeri-negeri tidak bersekutu ialah pada hari Jumaat dan Sabtu.so takyah tanya la mmg dah ada kat rumah sementelah Gua Musang ke kampungku ini x sampai pun 3 jam.ehem walaupun still agak jauh tapi alhamdulillah dah masuk pun ke Kelantan yang aman damai.
memang banyak sangat perbezaan antara tinggal di negeri luar dan negeri sendiri. mcm org tua2 kata, hujan emas di negeri orang.....hutan batu di negeri sendiri..elok lg negeri sendiri kan....
kehidupan aku setakat ini di tempat baru alhamdulillah semakin elok. im a positive person. :) memang dalam proses menyesuaikan diri. walaupun "bandar" Chiku ni disebut bandar,,tapi kemudahan tetap kurang. ATM yang ada hanyalah BSN dan Agro Bank. nasiblah kalau duit kat mesin habis,,so bab duit mmg kena berhati2. bandar Gua Musang pula terletak 45km dari Chiku, agak jauh juga perjalanan. Bank kat GM juga x semua ada. memerlukan RHB tapi tak ada pula cawangan di sana.
opss bukan nak mengeluh ye,,,cuma bagitahu...benda2 positif kat sni sangat banyak...penduduk2 sangat prihatin, kalau tak percaya cuba masuk kat kampung2 dalam tu dan pergi kat warung2. mesti ada yang menyapa dan bertanya khabar. iya la,,muka x familiar kan.
memula berdebar gak bila menjejakkan kaki ke sekolah tu. maklumla guru2 di Kelantan ni dengar khabarnya dianggap kaya dan ada yg sombong. tapi berita tu tak betul..hampir 85% guru2 kat smkbc sangat peramah dan menyambut kami guru2 yg baru dengan baik. sekarang aku dah ada kawan2 yang agak sekepala. alhamdulillah untuk itu.
aku ditakdirkan mengajar mcm biasa...kebanyakan kelas2 belakang. iya la,, kena la faham.sape yang nak bagi kelas2 depan n best kat kita org baru. im used to it. so no problem. walaupun kelas belakang tapi kebanyakan mereka akan sopan. mendengar kata dan tidak melawan walaupun ada yang malas membuat nota. huhu
keseluruhan, persekitaran di sekolah tidak ada masalah.sementelah lagi sekolah ni ada 2 sesi, so sesi pagi balik awal sikit iaitu pada pukul 1.05pm....lagi la aku suka. lebih banyak masa untuk diri sendiri di siang hari. alhamdulillah....
p/s: taknak cerita lagi psl kehidupan di luar sekolah.....sedih :'(
tapi dont tell my mother. dia risau nanti...