click for fun!!

Friday, December 25, 2009

Kehidupan Berumahtangga..

Oh skemanya ayat saya di atas. Ramai yang bertanyakan "How's your life after marriage?" dan ini biasanya jawapannya, " Ok je..", "I'm good." dan jawapan2 biasa yang lain.
Memang saya masih hidup ye kawan2..dan tak dinafikan satu perkara apabila sudah berumahtangga, hati menjadi sangat tenang setenang air di muara. Ewah, sempat lagi.. Kalau dulu, rasa serba salah je kalau mak call, tanya kat mana. Sekarang mak pun dah lega, dah lepas rasanya beban dia menjaga anak dara nakal dia nie sejak 26 tahun lepas. Genap 26 tahun usia saya, saya dinikahkan (hari akad nikah jatuh pada b'day i ye!)..
Lepas dah jadi isteri, banyak benda yang berubah dan perlu saya ubah. Terutamanya, bab yang sedia maklum, MASAK-MEMASAK. Memang satu perkara ini saya surrender. Malas sangat. Sehinggakan kalau mak saya tanya pada suami, dia akan mengadu tanpa ada rasa segan lagi. Ish, nak kena En. Suami nie...
So, sekarang saya merajinkan diri bangun pagi2 memasak breakfast untuk suami. Breakfast, lunch, dinner, supper, dan Brunch semestinya kena ada Nasi ya. Baru tahu macamana En. Suami yang sebenarnya. Selagi tak makan nasi, hidup dia tak sempurna. Adus,,pening kepala memikirkan menu setiap hari. Nasib baik dia tak cerewet. Makan saja tanpa banyak soal. Cuma pagi tadi dia komplen saya letak nasi banyak sangat. Lepas tue kalo tak habis, dia kata saya paksa dia makan sampai habis. Wah wah wah,,ini sudah lebihhh....(mana ada...) Buktinya, lepas habis sepinggan nasi goreng bersayur banyak pagi tadi, dia mintak tambah,,walaupun sayurnya diletakkan atas pinggan nasi saya...ish
Malam nie rasa mcm tak tak tau dah nak makan ape,,and En. Suami cakap tak payah masak. Walaupun rasa hepi sebab tak perlu masak tapi diri terfikir, tak sedap ke aku masak??waahahahaha....memang tak sedap pun!
Walaubagaimanapun,,our life is so happy. Walaupun kami hidup serba sederhana, (duit banyak habis woo wat kawin!),, tapi deep down rasa tenang sangat. Ini agaknya perasaan orang yang dah kahwin. Thank God i met my soulmate for 6 months and terus kahwin. En. Suami selalu cakap kami berdua bercinta selepas kahwin.
So, buat semua kawan-kawan yang single, hope that u can open up and meet someone that will be ur soulmate. Jangan bercinta lama-lama..

Sunday, December 20, 2009

thank you everyone,,,


alhamdulillah..its been 3 weeks and 1 day since i've changed status from "single"or "in a relationship" to "MARRIED".
Alhamdulillah most of the relatives and friends came,thank God because the rain stops just on that day.
For all my beloved friends, thanks for being there. I love all of you..b
(more photos on my fb).