click for fun!!

Tuesday, August 23, 2011

enggak sabarr....

Boss dah approved cuti Jumaat nanti. Tadi buat muka kesian, cakap nak elak jalan jam sebab kalo jem mesti sangat teruk..boss paham kot so terus sign..thank u en. Ramli pengetua cemerlang dg54....

so kalau takde aral melintang insyaallah hari khamis ni aku akan memulakan perjalanan selepas sekolah..barang2 yang nak dibawa balik dah bersusun dalam bilik. semalam dah beli kueh raya..tinggal nak packing baju je la...

ya Allah tak sabarnya nak balik jumpa family....semoga Allah memelihara aku sepanjang perjalanan nanti.

ps: Rahim balik malam raya,,dia nak cuba meniaga sampai malam raya..aku balik sorang..




Wednesday, August 10, 2011

love love love...

anak-anak saudaraku yang dirindui....
Baby sofea, kakak myra, alisha and afiq...

afiq pegang Blue....

kakak myra bangga dapat pegang adik sofea...huhu

Myra and Daniel...
Bila tengok gambar2 ni,,rasa rindu makin membuak2 di hati....
tunggu kepulangan cik T raya nie............26/8/2011
insyaallah..............

Tuesday, August 9, 2011

dadih strawberry pojaan...:)

kelmarin aura rajin telah menjelma di dalam diri aku..aku menuju ke pasaraya terkemuka di daerah Jerantut,,iaitu pasaraya TF(orang negeri lain tak kenal ni!) untuk membeli barang dapur sikit. niat di hati untuk membuat dadih perasa strawberry yang pernah aku buat tahun lepas untuk jamuan akhir tahun di SMK Damak bersama kanak-kanak tingkatan 1 Ikhlas.

aku masih ingat bahan-bahannya yang ringkas:

Anda hanya memerlukan 1 paket Dadih segera, 1 tin krimer sejat , 100g gula dan air putih 3 liter
 CARA MEMBUATNYA:
1. Didihkan 3 liter air putih bersama 1 tin krimer sejat dan 100g gula.
2. Setelah mendidih tutup api.
3. Masukkan serbuk dadih tue,,dan kacau selama 5 minit.
4. Masukkan gula buah-buahan (yg ada bersama dlm paket dadih segera) dan kacau.
5. Masukkan ke dalam acuan ataupun cawan kecik..ikut suka korang laaa...(aku masukkan dlm mangkuk kecik sebab cawan kecik ada 2 je,,mangkuk kecik ada banyak sb aku suka makan taufu fa..;)



Banyak pilihan perisa,,antara favorite aku ialah strawberry, jagung dan  coklat..
Pilihan aku ialah strawberry..
Buka puasa dengan bendalah ni kelmarin...sebab banyak sangat stok, aku suruh Rahim bagi kat jiran budak2 bujang umah sebelah..:)

1st time...

rumah bernombor 202 diminta mengadakan moreh untuk surau taman perumahannya pada 8/8/2011..cantik punya tarikh..tuan rumah itu sudahpun berpesan kepada isterinya untuk menyediakan@menempah kueh untuk moreh pada tarikh tersebut..isterinya yang cantik jelita dan kurang pandai memasak itu lantas memikirkan juadah apa yang akan ditempah. karipap?pulut?ataupun puding jagung??
setelah mengira-ngira di dalam hati lantas beliau bertanya kepada tuan kantin tempat beliau bekerja untuk mencari idea..sebenarnya beliau pergi untuk menempah kueh,,tapi melihat kepada kesibukan kakak itu,maka niat itu ditukar kepada 'sekadar untuk bertanya'.

beliau: kaksu,,malam ni ore kena buat moreh untuk surau. ore taktau nak bawak g apa..
kaksu: ye ke cikgu..mcm2 bleh cikgu..kueh boleh,bubur boleh..malam tadi cekodok.
beliau: oo bubur pun bleh eh..tak terfikir lak saya...
kaksu: kaksu bawak bubur nasi malam sabtu hari tu...
beliau: oo rugi tak gi mlm tu..makan kenyang sangat pastu mula la berat badan..hehe
kaksu: cikgu jgn bawak banyak sangat,,surau makin lama makin kurang org..
beliau: ok kak su..org ingat nak buat bubur kacang hijau...

maka bermula la misi beliau..namun bubur kacang hijau itu ditukar kepada bubur pulut hitam untuk kelainan..beliau agak risau kerana belum pernah memasak bubur pulut hitam seumur hidupnya..maka puas la beliau bertanyakan kawan2 dan anak2 didiknya cara untuk memasak bubur tersebut.

setelah pulang dari sekolah, bahan-bahan untuk memasak bubur tersebut dibeli..dan....

Tadaaaaaaaa,,,,seperiuk haaa....

Menu buka puasa malam tadi...:p

beliau berpuas hati dapat membawa moreh yang tak seberapa itu ke surau berdekatan taman perumahannya..rasa puas hati beliau dapat menunaikan niat suci itu..lagi puas bila bubur pulut hitam itu habis..

sekian laporan dari "beliau"..kekeke..

Thursday, August 4, 2011

Butter DNA Babi..

Pagi tadi sedang aku bersiap untuk datang ke sekolah, berita pukul 7 pg sedang ditayangkan. terkejut aku apabila terdengar dan melihat pasal mentega yang mempunyai DNA Babi sedangkan pada paket atau bungkusan mentega itu ada tertera logo Halal..Ya Allah,,nasib baik la aku tak pernah beli butter jenama ni..butter ni banyak terdapat di Sarawak. semoga umat Islam akan lebih berhati2 selepas ini..



Di bawah ini adalah keratan berita yang disiarkan pada hari semalam 3/8/2011:


Golden Churn Creamy Butter haram sebab ada DNA babi

KUCHING 3 Ogos - Keputusan mengharamkan penggunaan mentega Golden Churn Creamy Butter oleh umat Islam telah dimuktamadkan selepas ia disahkan mengandungi Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, mesyuarat bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) semalam telah memutuskan bahawa mentega tersebut haram.
''Jadi orang Islam tidak dibenarkan untuk menggunakan mentega Golden Churn di seluruh Malaysia.
''Kita akan mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menarik balik dan menurunkan logo halal yang terdapat pada tin produk itu," katanya selepas menyampaikan bantuan Tabung Baitulmal Sarawak bernilai RM51,286 kepada 35 orang penerima di sini hari ini.
Sebelum ini, timbul kekeliruan apabila Jakim dalam surat kepada pembuat mentega berkenaan yang bertarikh 30 Jun lalu mengesahkan ia tidak mengandungi DNA babi sedangkan MIS dalam kenyataan pada 28 Julai lalu telah mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.
Sehubungan itu, satu mesyuarat bagi membincangkan status mentega Golden Churn Creamy Butter itu berlangsung di sini petang semalam dengan disertai beberapa agensi berkaitan telah mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.
Dalam pada itu, Daud menambah, mentega dari jenama lain masih boleh digunakan sehingga ada keputusan yang dimaklumkan nanti.

Wednesday, August 3, 2011

hari ke-3 puasa: episod cobaan...


hari ini sudah hari ke-3 berpuasa. kebetulan hari ni kelas aku ada 7 masa. amatlah mencabar minda dan badan. perut semakin berbunyi..tekak makin dahaga..aku mula membilang waktu..tiba2 hati terasa panas..budak2 aktif semacam.."puasa ke tak budak2 ni?" hati aku mula berbisik..ish geramnya...penyelesaiannya ialah,,bawa budak2 ni ke library,,suruh diorang baca buku...aku tahu diorang penat..aku pun sama. tak boleh tulis panjang2,,otak beku..


pelajar tingkatan 2

sempat lagi nak test amik pic

bsama peminat2..

lovely (naughty) kids