
~gambar hiasan~
sudah masuk bulan ke-6 sejak aku keguguran tahun lepas.bila balik rumah pulak rasa sunyi sahaja.suami pun sama.
"bosan asyik tengok muka sama...,"katanya dalam nada bergurau.
suka tengok ibu bapa muda yang berjalan dengan anak masing-masing.geram bila tengok baby comel, rasa macam nak bawak balik rumah. tapi bimbang lak kena pelangkung ngan mak bapak dia..huhu
banyak petua dah aku dapat dari orang, majalah n internet.ada yang aku dah cuba.tapi nampaknya belum berhasil. dan yang terbaru, ada yang menyuruh aku untuk ikhtiar dengan cara berurut. mungkin kedudukan peranakan kurang betul, katanya....
maka dengan itu, aku balik kampung cuti minggu lepas untuk berurut..tapi nasib tak menyebelahi,,period la pulak..sedangkan berurut elok dibuat selepas period. terpaksa la mencari tukang urut di bumi jerantut ni...
suami dah tanyakan kawan2 dia.insyaAllah minggu depan sebab hujung minggu nie makcik tu fully-booked.macam hotel pulak. :)
err,,,suami kena urut jugak tak????